RESEPI Nasi Minyak Puteri Saadong
Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi
5 cawan air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan cili sos
2 biji bawang besar - dimayang
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
Bahan2 rempah tumis:
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
cara:
1. Panaskan minyak sapi
2. Tumiskan rempah tumis bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu
3. Masukkan cili sos, sos tomato dan air
4. Gaulkan sebati
5. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama2 dengan daun pandan
6. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan beras
7. kacau rata
8. kemudian masaklah seperti masak nasi biasa
9. taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi yang telah masak tadi
10. hidangkan bersama2 dengan lauk pauk
note: boleh dimasak dengan rice cooker selepas step 6
source: rossya
6 comments:
MasyaAllah...tengok tajuk entry, berdesup terus saya jengah...sedapnye nasi!!! Serius,sedap.....lama tak makan nasi minyak...huhu
sedapnya fidaaa...lapo akak tengok!! lum mkn pulak tu!!huhu
fizan
dah nasi tu nama gitu cnp ajelah hehehe
k.ain - hehehhe
sdapnya nasi minyak mkn ngan lauk2 tu fida. tak kiralah lauk apapun fida, kita yg makan dia kan..
Lauk tu dah kira meletup dah tu... tak de ayam masak merah pun gerenti licin.. hehe
Fida..
glamer betul nama nasi minyak ni..hehehe..ari2 mencuba resepi baru..tabik spring la kt fida ni..!!
Post a Comment