MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, June 7, 2009

Pau Kacang Merah


Hari ni mencuba pau resepi kak ton...sebelum ni tengok kat rumah kak suzie alahai geram tengok gebu..so kali ni buat menjadi pulak suka sangat sebelum ni ada gak pernah try dululah tahun lepas tapi tak berapa menjadi maybe sebab guna tepung pau bluekey kot sebab tu elok, gebu, cantik je jadinya



RESEPI PAU - Kak Ton
copy paste dari blog kak suzie - Terima kasih

Bahan-bahan (dapat dalam 8 biji)

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (saya guna tepung pau blue key)
3g (3/4 sudu teh) yis kering (saya letak 1 sudu teh)
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener (saya tak letak)
1/2 cawan air suam


Bold
Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan

2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.

3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Letak adunan pd suhu yg suam2

5. Tumbuk2kan bg kuar angin. bulatkan kecik2 n masukkan inti pilihan

6. Biarkan lagi naik pau tu barulah masukkan ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih. Alaskan tutup periuk dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh

7. Kukus lebih kurang 10minit...jangan terlalu lama



6 comments:

ain said...

gebunya fida!!!

LEEN said...

ini mesti peminat Kacang Merah...Leen pun sukan benda2 yg berintikan kcg merah....

eiyda said...

Fida..
kalau guna tepung biasa tak guna tepung pau tu ok tak fida? sbb eiyda takde tepung tu tp bread softener tu adalah ..lama dah teringin nak buat pau sendiri..hikss..

FiDa@aMiDa said...

kak ain
agaknya guna tepung pau itu yg gebu

leen
lama x makan kacang merah lagipon ada balance sket hari tu buat roti kacang merah hehehhe

eiyda
tepung gandum biasa pon boleh buat pau :)

U-jin said...

kak sedap kan pau....yummy

june said...

fida, rajin ko masak ye,,,sedap pau ko, aku try buat jd gebu sebelum ni tak gebu mcm tu thank tau, igt aku lagi x jun dr glomac