Hari ini saya mencuba resepi ini senang dan mudah untuk dicuba..yang menarik roti burger ni tak perlu di belah tengah-tengahnya selitkan daging burger serta sayuran je..senang nak pegang bila makan..resepi saya ambil dari blog Noreen UK..member saya ni beri nama roti ni Parker House Rolls maybe sbb bentuk dia separuh kot hehehehe memandai je...anyway roti ni lembut boleh dimakan dengan daging burger, sosej, telur
RESEPI Parker House Rolls a.k.a Roti Burger Separuh
Copy past dari blog Noreen UK - Thanks a lot
Angaran Bahan-bahan (8 biji):
200gm tepung roti (saya sukat 250 gm tepung roti terus)
50gm wheat flour (saya tak letak)
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur - 1/2 biji
25gm unsalted butter
132gm air
sedikit salad oil/olive oil/mentega - untuk sapuan
sedikit olive oil - untuk sapuan
cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga siap dalam 1 1/2 jam
2. keluarkan doh dan letakkan atas pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
3. kemudian bahagikan doh kepada 8 dengan setiap satu seberat 60gm dan bentukkan menjadi bola. rehatkan selama 15 min
4. selepas itu canaikan sebiji doh (gambar 1 & 2)
5. sapukan salad oil/olive oil atau mentega di atas doh tersebut (gambar 3 & 4)
6. lipatkan doh menjadi dua (gambar 5) dan susunkan ke atas baking tray yang telah di griskan terlebih dahulu. lakukan dengan doh yang seterusnya sehingga habis
7. setelah siap biarkan doh naik dua kali ganda dalam 1 jam dan bakar pada suhu 200C selama 8 min. kemudian turunkan suhu oven pada 180C selama 4 min atau sehingga masak (kepanasan suhu bergantung pada oven masing2)
8. keluarkan dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
9. bolehlah di makan bersama2 dengan daging burger, sosej, telur goreng dan sebagainya
8 comments:
amboi fida...meroti aje dia lately!!
tembamnya roti dia hehehehhe :D
fida... ini resipi kak e - letak kat MyR lama dulu --> http://www.myresipi.com/top/detail/758
Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
* 250gm butter
* 150gm shortening
* 250gm icing sugar (diayak dulu)
* 2 sudu besar susu segar
* Pewarna ikut suka
Cara-cara
1.
Pukul_sampai_kembang
Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata... dan bolehlah mula mendeco ya fida :)
kak ain
abis tu tak da keje lain nak buat meroti lah hehehe
kak e
terima kasih share resepi bc tu..nanti fida try
uiks..gebunyer roti tuu.. nak..nak jugakk!! =D
Cantek je roti Kak Fida neh... siap ade poket lagi letak daging burger... menarik betol :)
eiyda,
jemput2 makan
ijan
trylah kfida pon try resepi orang 1st time buat hehehhe...ada poket senang makan pon tak tumpah hehehe
eii nmpak sedap!
Post a Comment