MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, June 9, 2009

Roti Marble

Sejak akhir-akhir ini kerja projek meroti ajelah....so hari ini saya mencuba Roti Marble resepi Ros Tokyo....1st attempt tapi roti ni kurang marble tapi bolehlah nak makan tu lembut, gebu...hari ni tak da gambar tester sebab budak-budak dah selamat tido hehehehe


RESEPI Roti Marble
copy paste dari blog Ros Tokyo - Terima Kasih

Bahan-bahan (sesuai untuk si manja anda)

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air


Cara-cara
a) Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je

b) Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin

c) Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu

1. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah
2. tutupkan keseluruhan adunan tadi
3. Kemaskan doh
4. potong tiga adunan
5. anyam bentuk tocang
6. letak dlm sandwish loaf
Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang
7. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.


7 comments:

ain said...

amboi fida...meroti aje 2 3 hari ni. Fida guna BM ke..???

FiDa@aMiDa said...

kak ain

aah guna BM pembantu ada yg tukang uli...kalau tak jenuh lengguh tangan ni hehehhehe

m@Dd, tEh & @kiEm said...

wahhh.... Fida, balik nnti leh la bukak 'amida bakery' kat rawang... hehehe...

FiDa@aMiDa said...

en madd, teh

ongkos tak cukuplah nak buka kedai lagi heheheh lgipon kat msia org tak hairan kot roti2 ni sbb byk kedai bakery heheheh

eiyda said...

fida..
a'aa la betul kata madd teh tu..fida minat buat roti..bukan semua org ada kepakaran tu..fida bole bukak bakery kalau balik msia nanti..:)

mother of two said...

nak belajar buat roti boleh??ekekkekeke

FiDa@aMiDa said...

sheila

ikut jer step by step tu Insyallah menjadi roti marble tu hehehe