MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, June 13, 2009

Menu 13-6


Menu 13-6-09
Udang Tempura (saya tak buat sos kicap)
Sayur Kangkung

RESEPI Udang Tempura
& Sos Kicap Halia

dipetik dari Buku Resepi 30 Minit
Chef Kamarul

Sajian - 4 orang
Masa penyediaan - 20 minit

Bahan-bahan
8-10 ekor Udang
1 sudu kecil Jus limau
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa

Adunan Tempura
150gm Tepung tempura
1 biji telur
200ml air sejuk

Sos
4 sudu besar Kikkoman (kicap cair Jepun)
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil halia muda (dikisar)

Bahan Sampingan/Hiasan
1 batang lobak putih (di hiris)
1 batang lobak merah (dihiris)
1 biji Lada Benggala (dihiris)
50gm cendawan tiram
100gm brokoli
100gm bunga kobis



Cara-cara
1. Bersihkan udang. Kemudian perap dengan jus limau, garam dan lada putih seketika.


2. Untuk membuat adunan tempura, campurkan tepung dan telur bersama air sejuk. Pastikan betul-betul sebati dan tidak terlalu pekat.


3. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan ke dalam adunan tepung tempuran dan goreng sehingga kekuningan


4. Untuk membuat sosnya, campurkan semua bahan sehingga sebati



2 comments:

blogresipi said...

Kak Dubai ada kangkung ek kak? wah...bestla..boleh buat kangkung goyeng, tambah belacan pun sodap..hehe... udang tu memikat betul la..

FiDa@aMiDa said...

ijan

aah Dubai ada kangkung, bendi, petai, serai, halia

aah kangkung goreng belancan mmg sedap hehehhe

kangkung seikat dlm RM2 okaylah nak makan punye pasal