MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, June 7, 2009

Bun Kacang Merah Mat Gebu



Bun Kacang Merah saya cilik kat myresepi Mat Gebu..Terima kasih banyak2 share resepi...saya buat hari Jumaat lepas...permukaan bun ni tergaring sket hehehhe...bun ini boleh buat ikut suka....boleh bentuk empat segi atau bulat atau swirl bun
(entry saya yg lepas)


RESEPI Bun Kacang Merah - Mat Gebu
Terima kasih En Mat kongsi resepi


Bahan-bahan ( 12 biji )
120 ml air
250 g
tepung roti
30 g telur (1/2 biji telur)
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/4 camca teh garam
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)




BAHAN2 LAIN:-
Inti kacang merah secukupnya
Sedikit mentega utk disapu



Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.


2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.


3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.



RESEPI INTI KACANG MERAH - BOLEH REFER KAT SINI
CARA-CARA KALAU NAK BUAT BUN TU JADI SWIRL BUN
(seperti dibawah)

Bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm dan bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil

1. ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat (seperti di dalam gambar)
2. ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
3. bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
4. potong doh tadi tetapi jangan putus (seperti di dalam gambar)

5. gulungkan (seperti di dalam gambar)
6. susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis

7. roti bentuk swrill yang telah siap di bakar


No comments: