MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Showing posts with label Resepi : Koleksi Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi : Koleksi Ayam. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Homemade Satay Ayam Dubai








Homemade satay


RESEPI Satay Goreng - myresepi


Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu,

2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup



Cara-cara
1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
4. Untuk kuah satay - http:/www.myresipi.com/top/detail/5464


Thursday, June 9, 2011

Kung Pao Chicken & Ayam Halia

09/06/2011



Hari ini masih berpuasa lagi...so hari ini try dua jenis resepi satu pedas satu lagi tak pedas untuk budak-budak makan...kebetulan ada stok dada ayam banyak dalam peti sejuk..proses nak clearkan peti sejuk sebelum balik cuti summer holiday :)




RESEPI KUNG PAO CHICKEN - Myresepi from Rai


Bahan-bahan ( 4 orang )


Bahan A
600 gm ayam
tepung jagung
garam



Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit (saya x letak)
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus




Cara-cara
1. Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3 . Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.... dalam pic ni... rai xletak kacang gajus... rasa dia sedap gak


RESEPI AYAM HALIA Kak Hanieliza




BAHAN A


500gm ayam

3 sudu besar sos tiram

1/2 cawan air & 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh)

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 pokok daun bawang

1 biji buah tomato (dipotong empat)

garam secukup rasa




BAHAN B (Dihiris)

5cm halia

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 biji cili merah (x letak utk budak2 makan)



Cara


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihris hingga layu

2. masukkan ayam dan kacau rata kemudian masukkan sedikit air

3. Masakkan ayam hingga lembut

4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan hingga pekat

5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kemudian kacau

6. Sedia dihidangkan


Tuesday, August 17, 2010

Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah

nasi hujan panas - terlebih letak tomato puree merah sket colour nasi hehehhee
Menu Iftar ke-7


NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS - Kak Noormasri


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air…


JIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah




Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masakdlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan daun pandan, air dan susu.
Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata
NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak dan kurang kolestrol



RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:1 ekor ayam - dipotong kecil
kacang peas (tak letak)
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis


Bahan2 kisar :
10 tangkai cili kering
5 biji cili hidup
3cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji buah tomato
2 sudu besar sos tomato



cara:
1. ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit goreng separuh masak dan ketepikan
dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bahan2 kisar sehingga garing

2. setelah itu masukkan ayam goreng tadi, kacang peas, bawang pesar, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya gaulkan semua bahan sehingga sebati angkat dan hidangkan

note: ayam masak merah nie lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati
source: k.hanieliza



Thursday, May 6, 2010

Mee Bandung & Kari Ayam




Mee Bandung menu kelmarin...Kari Ayam bila dah lupa hehehehe



Sunday, April 11, 2010

Kimpap ala-ala sushi

Merasmikan beras yang dibeli semalam..try buat sket dulu al maklumlah dah lama tak menggulung kimpap ni takut tak jadi hehehhe..buat kimpap tuna aje..


Bagi yang nak belajar cara-cara nak mengulung kimpap

boleh CLIK SINI


Menu hari ni Ketam Masak Lemak dan ayam goreng celup tepung KFC..


RESEPI KETAM MASAK LEMAK - by mat gebu

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah* (saya kurangkan kepedasannya)
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup* (saya letak serbuk kunyit)
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus) xda
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada) x da
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka) x da

Cara-cara

1.Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

2.Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

3.Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.

Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit

4.Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.


Wednesday, September 30, 2009

Nasi Tomato, Ayam Masak Tomato


30/9/2009
Lama tak pekena Nasi Tomato..Alhamdulillah budak-budak pon suka..sebab nasi dan ayam pon tak pedas..makan panas-panas dengan papadom memang sedap dan menyelerakan

Resepi Nasi Tomato KLIK SINI




RESEPI AYAM MASAK TOMATO/MERAH
RESEPI KAK AYA (MAS) - Terima Kasih

BAHAN-BAHAN
(saya buat 1/2 adunan)

3 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu dgn kunyit + garam)
digoreng tiga suku masak (saya tak goreng terus masuk ayam dlm kuah je)
saya tambah kentang potong dadu (digoreng terlebih dahulu)
Cili kering (cili boh) agak2
Buah keras
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Susu cair (1 tin besar)
Daun ketumbar (mcm daun sup tapi ada akar)
Tomato puri (1 tin besar)
Tomato sos
Gajus dan krimis/kacang peas utk hiasan dan di tabur dlm masakan
Minyak masak utk menumis


CARANYA : -

Tumis bawang, halia, cili boh, buah keras (diblender dahulu)
Masukkan ayam + susu cair (gaul agak2 kering)
Masukkan tomato puri + sos tomato
Masukkan daun ketumbar + krimis + gajus + bawang besar yg dihiris
Bila sudah masak angkat di tabur sekali lagi dgn krimis + gajus utk hiasan

Saturday, September 26, 2009

Kuah Kacang, Ayam Kelio Rendang, Kuah Lodeh




20/9/2009
Menu 1st raya hari tu...kalau ada sapa-sapa nak cuba silakan..

RESEPI Kuah Kacang/Kuah Sate


Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak atau boleh jugak dibakar di dalam oven
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititiksejari lengkuas - dititikminyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:
kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
masukkan serai dan lengkuas
tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus
masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
enak dimakan setelah disimpan semalaman
source: rossya


RESEPI KUAH LODEH -
Kak Hanieliza - Terima Kasih

Bahan-bahan:

Nasi impit secukupnya - dipotong kiub
sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Telur rebus

Bahan2 sayuran:
1/2 biji kobis - dipotong kecil5 batang kacang panjang - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong kecil
tahu goreng - digoreng dan dipotong dadu
tempe - digoreng dan dipotong dadu
sengkuang - dipotong kecil (kalau di UK boleh guna white turnip)
cili merah - dihirisbawang besar - dimayang
suhun dan fucuk - direndam supaya lembut

Bahan2 kisar:

5 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:

5 cawan santan - dari 1 biji kelapa
250gm udang basah
garam secukup rasaminyak untuk menumis
cara:
panaskan minyak di dalam periuk
tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
masukkan udang, santan dan sayuran yang keras (karot, kobis, kacang panjang)
biarkan sehingga lembut
selepas itu barulah di masukkan sayuran yang lain (sengkuang, tahu goreng, tempe goreng, cili merah, bawang merah, suhun dan fucuk) dan garam secukup rasa
pastikan kuahnya sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
angkat dan hidangkan dengan nasi impit, telur rebus, sambal/kuah kacang/rendang/serunding
source: k.hanieliza



RESEPI AYAM KELIO
BY my sis


Bahan-bahannya:-

½ ekor ayam (dipotong 4)
2 inci halia )
3 ulas bawang besar ) diblend
5 ulas bawang putih )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa (diperah, ambil santannya)
1/3 cawan cili boh



Cara menyediakannya:-

1. Tumbuk halia, bawang besar dan bawang putih hingga lumat. (blend)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. (campur air sket bagi cili masak)
4. Kemudian masukkan santan kelapa, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit dan biarkan mendidih.
5. Masukkan daging ayam dan biarkan hingga masak. Kemudian rasalah garam/gula secukupnya.
*Note : Kalau nak buat jadi rendang biarkan lama sedikit biar kuah kering

Saturday, August 1, 2009

Ayam Goreng Berempah & Mee Bandung


Lama betul tak update blog ni...busy sketlah sebab nak balik Msia sekejap bercuti tak lama lagi...so asyik keje menyoping ajelah beli souvenior dan macam-macam aktiviti hujung minggu...so masak yang simple-simple ajelah dan kadang-kadang order KFC/Mc D aje dah shopping penat dan malas nak masak hehehhehe...Ini adalah menu beberapa hari yang lepas...lupa dah bila

RESEPI Ayam Goreng Berempah

copy paste blog kak ina KL - Terima Kasih

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir) dan dipotong 12
1/2 sudu teh jintan putih*)
1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
1 sudu teh ketumbar* )
2 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3 batang serai*
· 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
2 tangkai daun kari
sedikit gula (pilihan)
Minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *

2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.

3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.

4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.

5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.

(nanti dah sejuk kurang sedap)


Wednesday, July 15, 2009

Ayam Tandori & Burger





14/7/2009


Menu semalam...pagi breakfast roti burger dan tengahari makan ayam tandori + sayur campur


RESEPI AYAM TANDORI
copy paste dari blog Ros Tokyo - Terima Kasih



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam dipotong 4 (saya guna ayam drumstick)
3 sudu besar yogurt
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
sedikit pewarna merah (tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nnt)
sedikit kunyit serbuk.
beberapa titik lemon juice



Caranya
1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang 3 jam atau lebih.
2. Kemudian bakar pada suhu 180-200 darjah selama 30 minit hingga 40 minit ataupun sehingga permukaan nye perang. Angkat dah hidangkan.
Selamat mencuba.

Saturday, June 20, 2009

Farewell Kak Moi sekeluarga





20/6/2009
Hari ni masak special sket ajak kak moi sekeluarga datang rumah farewell untuk dia yang akan balik for goods bulan Ogos nanti....saya tak ajak ramai pon ajak dia satu family je...(kekawan kat Dubai jangan kecik hati ya saya masak sket je hehehhe)

Terasa baru je kenal kak moi ni...Kak Moi adalah orang pertama saya kenal bila tiba di Dubai (kawan blogger) dialah yang tolong time kitaorg susah dulu tak da kereta...time tu kakak tak sihat pastu malam-malam pergi ada teksi time nak balik tu tunggu punye tunggu tak pulak teksi dah tengah malam..nasib le asben kak moi En Norris tolong tumpangkan sampai balik hotel apt...masa tu baru tiga minggu rasanya sampai di tanah Dubai ni..(citer selanjutnya boleh baca kat SINI)

So mengenangkan rasa terhutang budi dia dah tolong saya dulu...dan memandangkan dia nak balik for goods sajelah ajak datang rumah makan-makan sket...lagipon sejak pindah apt kak moi tak pernah datang rumah lagi.

Terima kasih banyak-banyak kak moi pertolongan tempoh hari kami ingat sampai bila-bila...Selamat berangkat pulang ke tanahair...nanti balik Malaysia keep in touch ya.. Minta maaf ya kalau ada terkasar bahasa tersalah laku dan kata-kata...macam raya pulak hehehe


p/s kak moi...kalau ada rasa terkurang atau terlebih tu maaflah ya..rasanya kak moi lagi pakar masak lauk pauk ni hehehhe



Menu Hari Ini
Nasi Tomato
Ayam Masak Kelio
Kari Daing
Ayam goreng celup tepung KFC
Jelatah Timun
Pappadom
Buah Anggur
Air Laici
Bun Kacang Merah


Dah lepak-lepak lepas makan...kami masing-masing berborak lah..dah lama tu ada pulak orang picit bell ingatkan siapa..rupanya my neigbour Mr Cylde from South Africa tinggal satu level tingkat 8 ni jugak...datang bagi VCD citer karton untuk budak-budak ni...so langkah kanan lah dia...ajaklah masuk sekali join kitaorg...dia datang sorang je wife dia tido tak sihat kat rumah..yang kelakarnya mat salleh biasalah kan...datang rumah orang tak reti nak buka selipar dia hehehhehe nak tegur pon serba salah




Friday, June 19, 2009

menu hari ini dan yang lepas-lepas


Hari ni punye menu daging bakar dan nasi putih je (semalam ada tapau kat rumah kak syida kat Ras Al Khaimah) so hari ni je bakar je daging marinate BBQ semalam hehehehe..dan menu beberapa hari yang lepas tak ingat hari apa dah..


Monday, June 8, 2009

Kung Pao Chicken


Hari ini saya mencuba resepi cikwan exceli dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat sebab mencari stok gajus...dah ada stok ni barulah boleh try heheheh...tapi saya tak da cili sos bawang putih so tak letaklah...menu tengahari ini...kung pao chicken, sup ayam, papaddom goreng

Resepi Kung Pao Chicken
copy paste dari blog cikwan Taipei - Terima kasih



Perapkan bersama 15minit:-
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil

Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garingkan, ketepikan





Bahan Sos disatukan:-
1/4 cawan air pati ayam (ambil air sup ayam yang masak tadi)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos bawang putih (saya tak letak tak da)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepong jagung


Bahan Tumis:-
1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3 sudu besar dry chili flakes (saya buat kurang pedas)
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang



Cara:-
1. Tinggalkan 1 sudu besar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan, panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu

2. Masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit garing

3. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau

4. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.
S0urce: Buku A Taste Of China with a bit modified



Thursday, June 4, 2009

Ayam Masak Kelio

RESEPI Ayam Masak Kelio - my sis

Resepi ini dari my sis dia memang belajar kursus masakan kat UitM dulu...so nanti saya updatekan resepinya ya...memang sedap sesuai untuk di makan bebila masa..boleh makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, nasi impit pon boleh gak....selalu my sis Kak Gee buat ayam kelio ni makan dengan nasi impit waktu pagi raya..


Mudah dan senang nak buat masukkan minyak tumiskan bahan bahan kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, daun kunyit, serbuk kunyit) tumis sampai naik wangi, masukkan santan + air, masukkan ayam, perasakan garam + gula..kalau kacau sehingga kuah pekat..menyaluti ayam tadi....kalau rasa nak buat jenis berkuah pon boleh..dah siap


Resepi sukatan asal nanti saya paste...tak ingat letak mana saya buat main agak2 je..


RESEPI LENGKAP AYAM KELIO

Bahan-bahannya:-

½ ekor ayam (dipotong 4)

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 batang serai

1 helai daun kunyit

1/2 cawan cili boh

1 biji kelapa (diperah dan ambil santannya)

*(saya guna santan kotak cair brand kara 100ml)


Bahan2 di kisar (blend)

3 ulas bawang besar

5 ulas bawang putih

2 inci halia




Cara menyediakannya:-

1. Tumbuk halia, bawang besar dan bawang putih hingga lumat. (blend)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. (campur air sket bagi cili masak)
4. Kemudian masukkan santan kelapa, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit dan biarkan mendidih.
5. Masukkan daging ayam dan biarkan hingga masak. Kemudian rasalah garam/gula secukupnya.



Thursday, May 28, 2009

Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice





28/5/2009




Pagi ni brekfast roti kentang buat malam tadi...tengahari ni buat nasi tomato sebab dah lama tak buat....dah banyak resepi dah cuba rasanya resepi my mom jugak yang sedap heheheh...di tambah dengan ayam masak madu, acar timun serta papadom..memanglah berselera nak makan....selalunya saya buat acar timun mentah...kali ini saya tukar selera pulak mencuba acar timun di blog ct...ada kelainan sketlah memang sedap..


Keropok tu pemberian kawan dari Terengganu....so just goreng ajelah..kat sini memang tak da keropok sedap mcm kat msia...so sekejap je dah abis budak-budak makan untu kudapan petang

RESEPI Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice

resepi by my mom


· 1 cupak beras ( 4 kepul beras)
· 1/2 tin susu cair carnation
· 1/2 tin tomato soup heinz
· 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 1 inci halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih - utk ditumis
· air sejuk 1 cupak (kalau beras 5 kepul air)
· 2 helai daun pandan
· 1/2 senduk minyak sapi (senduk besar)
· garam secukup rasa


Cara memasak :-

1. Panaskan minyak sapi tumiskan dgn bawang yg ditumbuk halus berserta dgn buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih..tumis sehingga garing.

2. Masukkan air sejuk, susu cair dan tomato soup, daun pandan serta garam.

3. Bila mendidih masukkan beras dikacau rata-rata kemudian tutup periuk apabila kering airnya dan masak.

4. Bila handak digembur baru letak kismis



Acar Timun

Resepi ct


Cara dia senang jer


1. Potong jer timun, karot, nenas (saya tak makan nenas) & bawang besar.

2. Pastu ambik segenggam udang, hirisan bawang merah & bwang putih, goreng dalam minyak sampai nampak kekuningan. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Dalam bekas, campurkan udang & sayur, pastu letakkan sos cili secukupnya (kalau suka leh letak cuka sikit).

3. Perasakan dengan garam & gula.

4. Gaul rata. Siap.