MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, May 31, 2009

Puding Karamel & air susu longan






31/5/2005


Setelah beberapa hari tertangguh nak buat puding karamel...sebelum ni ternampak kat rumah kak zai...akhirnya buat gak puding karamel ni...kali guna resepi dalam blog kak zai...mmg lawa tekstur dia tak da nampak lubang-lubang sangat..saya ada periuk kukus saiz kecil je so tak muat nak masuk loyang 8 inchi tu..so pakai loyang bentuk macam tayar tu heheheh nasib lah menjadi...pastu cuba buat air susu longan di blog kawan sekerja dulu lost contact baru kelmarin follow blog dia..rupanya kawan saya rupanya..patutlah nama macam familiar je - noreen_uk - skrg dia kat UK... thanks ya share resepi sedap sunnguh air susu longan tu budak kemain suka sekejap je habis di tambah pulak dengan cuaca panas sekarang ni

RESEPI Puding Karamel Feqah
copy paste dari blog kak zai - Terima kasih


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir1 cawan air panas

Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.


RESEPI Air susu longan
copy paste dari blog noreen_uk - Terima kasih

Bahan-bahan (1 orang):
60ml air longan
5 biji isi longan
30ml susu segar
beberapa ketul ais
cara:
1. masukkan jus longan dan isi longan ke dalam gelas
2. tuangkan susu segar
3. kacau sehingga sebati
4. masukkan ketulan ais dan bolehlah diminum
source: majalah saji
Menu hari ini

Breakfast
Roti canai + sardin
Tengahari
Nasi Putih
Sup sayur
Petang
Dessert
Puding Karamel
Air susu longan


4 comments:

blogresipi said...

First time saya tengok air susu longan... letak ais banyak2 best nih :)

FiDa@aMiDa said...

salam blogresepi

terima kasih singgah sini..ada ada link your blog..salam perkenalan dari saya :)

cubalah best tau air ni :)

eiyda said...

Salam Fida..
Nampak sedap resepi tu..eiyda lama dah tak buat puding karamel..erm..cam terliur pulak tengok..eheheh..

FiDa@aMiDa said...

salam eiyda

buatlah time panas2 ni elok makan dessert puding :)