MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Monday, June 15, 2009

Cinnamon rolls







Petang tadi, saya mencuba Cinnamon Rolls resepi saya cilok dari blog Mat Gebu...Terima kasih...1st time saya buat cinnamon rolls ni Alhamdulillah tak sangka menjadi

Bila dah masak buka je oven alahai sedapnya bau harum aroma kulit kayu manis ni...roti pon naik elok, lembut, gebu, suka sangat. Selalu beli cinnamon rolls kat kedai...ini dah boleh buat sendiri hahahhaaha...Lepas ni tak yah beli lagilah buat sendiri puas hati dapat banyak.

Kawan-kawan yang lain boleh cuba ya..saya letak gambar step by step bagi mudah untuk memahaminya

RESEPI Cinnamon Rolls
resipi basic sweet dough dari "Kak Noraini"
copy paste dari blog Mat Gebu

Bahan Doh :-
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula halus (gula kastor)
5 g garam (saya letak 1/2 sudu teh garam)
20 g susu tepung (saya tak letak)
1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4) (saya tak letak)
1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak) (saya tak letak)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g instant yeast
40 g shortening (lemak sayur)
250 ml air

Bahan Inti :-
3 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis (saya guna 1/2 cawan kismis je)


CARA MEMBUATNYA :-
1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.

2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.

3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......





9 comments:

blogresipi said...

Cantik jer cinnamon rolls akak nie.. kite selalu beli yg frozen jer... :)

ain said...

mak aii....geramnya tengok roti fida. siap ada steps nak buat lagi. okaylah...nanti kalau akak dh dapat BM, kak try ekh. hihi

leen said...

Wah...gajinnya fida...

eiyda said...

fida..
Cantikknyerrr!!! kalau eiyda buat ni belum tentu 'menjadi' camni..:p

MamaFaMi said...

Mama kalau buat cinnamon rolls ni, gamaknya mama sorang je la yang tukang habiskan...

FiDa@aMiDa said...

ijan
jom lepas ni try buat roti ni hehehe

kak ain
cepat2 dptkan BM hehehe

leen
ape lagi yg boleh dibuat kalau dok rumah keje masak2 makan2 jelah


eiyda
takpe try n error Insyallah jadi


MamFami
samalah mama..fida dan anak2 yg suka makan roti ni hehehe

Iryani Noor said...

fuhh sedap nyer kak.... bile la saya nk pandai msk mcm akak nih....

ima said...

sedapnyeee!!!!!fida,pandainya buat cinnamon rolls....

FiDa@aMiDa said...

yani
takpe lama2 esok pandailah akak dulu baru2 kahwin dulu pon mcm tu gak tak reti masak langsung hehehhe


kak ima pon apa kurangnya lagi hebat :)