MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, September 30, 2009

Nasi Tomato, Ayam Masak Tomato


30/9/2009
Lama tak pekena Nasi Tomato..Alhamdulillah budak-budak pon suka..sebab nasi dan ayam pon tak pedas..makan panas-panas dengan papadom memang sedap dan menyelerakan

Resepi Nasi Tomato KLIK SINI




RESEPI AYAM MASAK TOMATO/MERAH
RESEPI KAK AYA (MAS) - Terima Kasih

BAHAN-BAHAN
(saya buat 1/2 adunan)

3 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu dgn kunyit + garam)
digoreng tiga suku masak (saya tak goreng terus masuk ayam dlm kuah je)
saya tambah kentang potong dadu (digoreng terlebih dahulu)
Cili kering (cili boh) agak2
Buah keras
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Susu cair (1 tin besar)
Daun ketumbar (mcm daun sup tapi ada akar)
Tomato puri (1 tin besar)
Tomato sos
Gajus dan krimis/kacang peas utk hiasan dan di tabur dlm masakan
Minyak masak utk menumis


CARANYA : -

Tumis bawang, halia, cili boh, buah keras (diblender dahulu)
Masukkan ayam + susu cair (gaul agak2 kering)
Masukkan tomato puri + sos tomato
Masukkan daun ketumbar + krimis + gajus + bawang besar yg dihiris
Bila sudah masak angkat di tabur sekali lagi dgn krimis + gajus utk hiasan

Cheese chicken Sosej Pizza


28/9/2009

my daughter suka plain je..so mmg tak letak hirisan bawang/cili benggala/etc kalau letak sure depa kuis tak makan hehehhe

Pizza Ayam
Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )
200 gm tepung roti
1 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudubesar butter
1 sudu besar susu tepung
bhn2 utk topping
** 2 keping dada ayam (saya guna sosej ayam dipotong bulat2 - direbus terlebih dahulu)
** 2 ulas bawang putih
** serbuk lada sulah
** mayonis
** sos cili dan sos tomato
** cheese
** hirisan bawang/cili benggala
** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
** black pepper


Cara-cara
1.bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
2.canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
3.utk topping:
bawang putih dicincang2.
masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
4.Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruhan bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
5.masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira-kira 8-10 minit.. enak dimakan panas-panas!

Kuih Cara Manis




Buat minum petang


Resepi Kuih Cara Manis



Bahan-bahan ( dalam 12 biji )
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti



Cara-cara
1.Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.


2.Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.

3.Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

Saturday, September 26, 2009

Kuah Kacang, Ayam Kelio Rendang, Kuah Lodeh




20/9/2009
Menu 1st raya hari tu...kalau ada sapa-sapa nak cuba silakan..

RESEPI Kuah Kacang/Kuah Sate


Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak atau boleh jugak dibakar di dalam oven
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititiksejari lengkuas - dititikminyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan

cara:
kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
panaskan minyak di dalam kuali
tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
masukkan serai dan lengkuas
tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus
masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan
enak dimakan setelah disimpan semalaman
source: rossya


RESEPI KUAH LODEH -
Kak Hanieliza - Terima Kasih

Bahan-bahan:

Nasi impit secukupnya - dipotong kiub
sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Telur rebus

Bahan2 sayuran:
1/2 biji kobis - dipotong kecil5 batang kacang panjang - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong kecil
tahu goreng - digoreng dan dipotong dadu
tempe - digoreng dan dipotong dadu
sengkuang - dipotong kecil (kalau di UK boleh guna white turnip)
cili merah - dihirisbawang besar - dimayang
suhun dan fucuk - direndam supaya lembut

Bahan2 kisar:

5 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:

5 cawan santan - dari 1 biji kelapa
250gm udang basah
garam secukup rasaminyak untuk menumis
cara:
panaskan minyak di dalam periuk
tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
masukkan udang, santan dan sayuran yang keras (karot, kobis, kacang panjang)
biarkan sehingga lembut
selepas itu barulah di masukkan sayuran yang lain (sengkuang, tahu goreng, tempe goreng, cili merah, bawang merah, suhun dan fucuk) dan garam secukup rasa
pastikan kuahnya sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
angkat dan hidangkan dengan nasi impit, telur rebus, sambal/kuah kacang/rendang/serunding
source: k.hanieliza



RESEPI AYAM KELIO
BY my sis


Bahan-bahannya:-

½ ekor ayam (dipotong 4)
2 inci halia )
3 ulas bawang besar ) diblend
5 ulas bawang putih )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 biji kelapa (diperah, ambil santannya)
1/3 cawan cili boh



Cara menyediakannya:-

1. Tumbuk halia, bawang besar dan bawang putih hingga lumat. (blend)
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga cili masak. (campur air sket bagi cili masak)
4. Kemudian masukkan santan kelapa, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit dan biarkan mendidih.
5. Masukkan daging ayam dan biarkan hingga masak. Kemudian rasalah garam/gula secukupnya.
*Note : Kalau nak buat jadi rendang biarkan lama sedikit biar kuah kering

Majlis Aqiqah bersama Rabbani di Dubai

Ada rupa minah dan pak arab tak?


ada rupa minah arab tak? hehehhe

Group photo bersama Kumpulan Rabbani
Tuan Konsul Jeneral Bersama Isteri & baby Ahmad dan baby aqiqah
bersama-sama kumpulan Rabbani






24/9/2009
Majlis Aqiqah bersama Kumpulan Rabbani
di Rumah Malaysia Konsul Jeneral
Dubai UAE




Thursday, September 24, 2009

Eid Mubarak di perantauan Dubai

kesian budak-budak pakai baju raya tahun lepas je sampin pon dah sengteng


1st raya di rumah

kawan-kawan dan jiran yang hadir


Fairus and Ruth Tan

syiqim, fairus, ruth, ajue

2nd raya di rumah Fairus

2nd raya di rumah fairus dan rumah lynn & nyta

kak zaida, kak ziela, eiyda

20/9/2009

Memandangkan hubby last minute tak dapat pulang beraya di Malaysia...
so sambut raya ala kadar jelah dengan berbaju raya tahun lepas je cuma kesian kat budak-budak lah tak dapat pakai baju raya yang baru.



Kalau nak ikutkan hati malas dan tak da mood nak sambut raya tapi kuatkan semangat dan kesian kat budak-budak jemputlah kawan jugak ke rumah




Tahun ni adalah buat sket jamuan makan untuk kawan-kawan tak semua yang dijemput al maklumkan nak ajak sekali harung rumah kecil je.

Terima kasih pada kekawan yang sudi hadir








Iftar yang lepas kat luar




Pemandangan yang cantik di sekitar Souq Madinat Jumeirah

Pemandangan Burj Al Arab dari Souq Madinat Jumeirah

Iftar di Noodle House


Iftar di Traders Hotel


Iftar yang lepas-lepas ni Noodle House Souq Madinat Jumeirah dan di Traders Hotel di Deira.


Sunday, September 20, 2009

Biskut raya tahun ni


CHOCOLATE CHIPS & NUTS
(MORE FAMOUS KOREAN MADE by amida)

Bahan2
300gm tepung gandum
1 buku butter (250gm)
1 biji telur
5 sudu teh serbuk koko
100gm icing sugar
100gm gula perang
coklat chip & nuts
(letak badam/walnut/apa2 nak letak) suka hatilah nak letak byk/sikit

CARANYA

1. Pukul butter dan kedua2 jenis gula
2. Masukkan telur, serbuk koko, tepung gandum,coklat chips dan nuts
3. Bakar 175 darjah celcius selama 15-20 minit

*note
kalau tepung lembik/melekat pada tangan, tambah sket tepung gandum. Gaul rata bila agak2 boleh diadunkan sama rata…scoop guna sudu dan masukkan dalam bekas pembakar….

Satu adunan nie boleh dpt 100+ coklat chips…

SELAMAT MENCUBA


RESEPI BISKUT ARAB

(resepi turun temurun by my mom)
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan minyak sapi
GHEE BLEND - dicairkan terlebih dahulu 1 cawan gula - utk di gaul lepas bakar


CARANYA :-
1. Tepung di ayak dan dibakar terlebih dahulu dlm oven (5-7 minit). masa di oven tu kacau2 sket tepung takut hangus pulak nanti.

2. Angkat tepung gaul dgn gula
3. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit, gaul sebati
4. Gentel-gentelkan bulat2 (kalau x boleh digentel lagi tambah sket lagi minyak sapi)
5. Gentel2 sampai abis
6. Bakar dlm oven 170 darjah celicus sampai masak
7. Apabila sudah masak angkat - gaulkan dgn gula
8. Sejukkan dan simpan

RESEPI BISKUT CORNFLAKES
bahan2-dapat dlm 70 biji.
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula castor
1 biji telor
1 cawan tepung naik sdr
2-3 cawan cornflakes-ramas hancurkan sedikit
cara2nya
pukul butter dan gula hinnga kembang
masukkan telor dan pukul lagi
kemudian masukkan tepng gaul rata
gunakan sudu teh cedok adunan dan jatuhkan dlm cornflakes,
golek-golekkan rata.bakar pada suhu 180' 12-15 minit.



RESEPI CORNFLAKES MADU
Bahan-bahan
250gm cornflakes (kotak kecil)
125gm butter (1/2 buku)
1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
5 sudu makan madu
manik warna warni untuk hiasan
Cara-cara
Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu.ratakan.
masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

RESEPI BISKUT PEANUT BUTTER
(Resepi turun temurun by my mom)
Bahan2
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan mentega
¾ cawan gula halus
½ cawan peanut butter 1 biji telur (amik putih telur jer – rendam krimis potong kecil2)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
CARANYA
Pukul mentega dan gula Masukkan telur dan essen vanilla Masukkan peanut butter kacau sebati Masukkan tepung gandum, tepung jagung sedikit demi sedikit Kacau semua sebati Acuan peanut butter – letak marjerin sket.. Ambil krismis yg telah direndam dgn putih telur tadi satu, masukkan dlm acuan tempek doh tadi Ulang sehingga abis Bakar 175 darjah celcius selama 15-20 minit Note Panaskan oven dulu Kalau tepung masih melekat tambah sedikit tepung SELAMAT MENCUBA!



20/9/2009
Last minute baru ada mood raya itupon kesian kat budak-budak ni buatlah sket biskut raya...nasib baiklah sempat buat. Inilah biskut-biskut raya di perantauan Dubai..


Biskut pertama Biskut Cornflakes Madu, Biskut kedua Biskut Cornflakes cookies, seterusnya Biskut Chocolate Chips cookies, Biskut Arab dan Biskut Peanut Butter...Alhamdulillah dapatlah beberapa jenis.