MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Showing posts with label Resepi : Koleksi Nasi. Show all posts
Showing posts with label Resepi : Koleksi Nasi. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Nasi Ayam

RESEPI NASI AYAM



Bahan


12 ketul ayam


5 ulas bawang putih-tumbuk

(1 sudu teh serbuk kunyit kalau nasi ayam kuning)


1 inci halia- tumbuk


5 cawan kecil beras


2 sudu minyak sapi (pilihan)


sehelai daun pandan


1 kiub ayam


2 sudu besar madu


2 sudu besar kicap pekat


1 sudu besar sos tiram


serbuk lada hitam,


garam


2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)


sos cili Thai utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)


ulam dan hiasan; -daun bawang,daun sup&bawang goreng -daun salad/timun,buah tomato




Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan dan majerin,kacau dan masak macam biasa.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejap utk perap. Goreng dgn api yg sederhana sehingga agak kuning. [Saya bakar dlm oven]
4. Utk sup tambahkan air, garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.

Monday, January 17, 2011

Nasi Jagung, Roti Telur, Udang & sotong bercili

RESEPI NASI JAGUNG by zara_kelate myresepi


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara
1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
2. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
3. setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
4. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.

***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.


sarapan roti telur tak yah resepi lah ye semua orang tahu buat :)


Menu Breakfast & lunch dua hari lepas

Tuesday, October 19, 2010

Nasi Goreng Cina Kak Hanieliza





19/10/2010
Kemalasan melanda so buat nasi goreng cina breakfast sampai ke petang hehehhe senang keje :)


Saturday, February 6, 2010

Rendang Tok, Nasi Tomato n cake


RESEPI RENDANG TOK - kak hanieliza
BAHAN A
1 kg daging2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (dihiris) sekiranya suka
3 sudu besar gula melaka
3 keping asam keping
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
daun limau purut
garam secukup rasa
BAHAN B (DI kisar)
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntung bunga cengkih
25 tangkai cili kering
5 tangkai cili api (sekiranya suka)
10 ulas bwang merah
5cm halia
5 btg serai
3cm lengkuas
CARA
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga masak.
2. masukkan daging dan masakkan hingga daging lembut
3. masukkan santan, garam, gula, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
4. masakkan hingga pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala
5. tutup api dan hidangkanselamat mencuba




4/2/2010
Khamis lepas ada kawan tempah nasi tomato, ayam masak merah, papadom, acar timun dan rendang tok sekali dengan kek birthday untuk hubby dia. Thanks azee..

another website of mine sudi-sudikan lah :)

Tuesday, October 6, 2009

Nasi Lemak Perantau


4/9/2009

Buat Nasi Lemak Perantau ini senang dan cepat disediakan..jimat masa..makan panas-panas dengan paru goreng bercili memang sedap heheheh



RESEPI NASI LEMAK PERANTAU
tulip77 myresepi - Terima Kasih

Bahan-bahan ( 5org )
2 cawan beras
2 cawan air
5cm halia - potong nipis
1/2 sb halba
1/2 paket serbuk santan segera (saya guna 1/2 cawan santan cair dlm tin)
1/2 sb garam
1 bj bawang besar - dimayang
sambal ikan bilis / sambal udang
ikan bilis goreng/kacang tanah goreng
telur rebus - dipotong
timun - dipotong

Cara-cara
1. Beras dibasuh bersih. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik. Masukkan air,halia,bawang dan garam. Tenggekkan periuk atas dapur biasa. Masak sampai air menggelegak.
2. Bila air dah menggelegak masukkan santan segera dan kacau rata. Kemudian masukkan halba dan kacau rata. Masak lagi sampai air hampir kering.
3. Pindahkan periuk nasi ke dalam rice cooker & tekan butang 'rice cooking' dan masak nasi seperti biasa.
4. Biarkan nasi lemak ini keep warm lebih kurang 1/2jam. Siap untuk dihidang.


Wednesday, September 30, 2009

Nasi Tomato, Ayam Masak Tomato


30/9/2009
Lama tak pekena Nasi Tomato..Alhamdulillah budak-budak pon suka..sebab nasi dan ayam pon tak pedas..makan panas-panas dengan papadom memang sedap dan menyelerakan

Resepi Nasi Tomato KLIK SINI




RESEPI AYAM MASAK TOMATO/MERAH
RESEPI KAK AYA (MAS) - Terima Kasih

BAHAN-BAHAN
(saya buat 1/2 adunan)

3 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu dgn kunyit + garam)
digoreng tiga suku masak (saya tak goreng terus masuk ayam dlm kuah je)
saya tambah kentang potong dadu (digoreng terlebih dahulu)
Cili kering (cili boh) agak2
Buah keras
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Susu cair (1 tin besar)
Daun ketumbar (mcm daun sup tapi ada akar)
Tomato puri (1 tin besar)
Tomato sos
Gajus dan krimis/kacang peas utk hiasan dan di tabur dlm masakan
Minyak masak utk menumis


CARANYA : -

Tumis bawang, halia, cili boh, buah keras (diblender dahulu)
Masukkan ayam + susu cair (gaul agak2 kering)
Masukkan tomato puri + sos tomato
Masukkan daun ketumbar + krimis + gajus + bawang besar yg dihiris
Bila sudah masak angkat di tabur sekali lagi dgn krimis + gajus utk hiasan

Friday, July 3, 2009

Nasi Dagang + Gulai Ikan




3/7/2009

Hari ini Jumaat cuti umum kat Dubai ini...tekak ni nak merasa makan Nasi Dagang lah pulak hehehhe sebenarnya dah beberapa hari lepas nampak Nasi Dagang kat blog Ijan....ada jugak nampak kat blog eiyBoldda hehehhehe...walaupon saya ni bukan orang Terengganu...nak jugak merasa pengalaman buat nasi dagang ini walaupon bahan-bahan tak mencukupi....tambahan pula ada 1kg beras pulut yang mak bagi daripada terbiar kat dalam stor tu lama-lama naik kutu beras, rempah kari Ros (dari Terengganu dulu ada kawan bagi kat saya) dan ada pulak ikan tenggiri kat dalam peti sejuk tu...sesuai sangatlah.
emmm acar timun saya tu saya tak letak carrot sebab tak da dalam peti sejuk heheheh



RESEPI Nasi Dagang Perantau
copy paste dari blog Ijan - Terima Kasih


Bahan-Bahan
1 kg beras nasi dagang (kite guna 1/2 cwn pulut + 1 cwn basmati)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)-(kite guna 1 cwn santan+1 1/4 cwn air)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris(kite tak letak)


1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.



RESEPI Gulai Ikan Nasi Dagang

Bahan-Bahan

9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalam (saya guna ikan tenggiri)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje)
2 biji cili merah dibelah dua
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka (saya tak letak)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
Kite tambah rempah gulai ikan Baba’s & serbuk ketumbar cikit
(saya letak rempah Ros dari Terengganu so kuah nampak kaler kuning tidak kemerah-merahan)


Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
(saya letak 10 biji cili kering je)
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan (saya tak letak)

1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu. Tambahkan serbuk ketumbar dan rempah kari ikan (jika guna).
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
4. Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
5. Masukkan tomato,usik2 kejap kuah dan angkat.




Tuesday, June 30, 2009

Udang Butter Prawn, Dalca Daging, Nasi Beryani




Hari ini saya mencuba resepi Butter Prawn semua kekawan dah ramai yang mencubanya saya pon turut tak ketinggalan..tapi saya punya jaluran tak berapa menjadi hancussss huhuhu takpelah next time cuba lagi....dan saya jugak mencuba resepi Dalca Daging chef Kak Hanieliza kita..dan buat nasi beryani sekali...Nasi Beryani saya guna rempah nasi beryani segera Brand Tesco..so ikut sahaja langkah-langkah di belakang pack..mudah je..dan buat sket Daging Masak Kicap untuk budak-budak ni makan.

Resepi Butter Prawn II
Cilok kat blog Hana Jepun - Terima Kasih


Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur - (saya ikut hanya 2 biji je)
sedikit daun kari
sedikit cili padi - (saya pon tak letak)
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng


Cara-cara
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.*ikut hana goreng ngan butter skali.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

3. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.



RESEPI DALCA DAGING
copy paste blog Chef Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang [belah4]
5 batang kacang panjang [potong pendek] (saya tak letak tak beli)
1 biji carrot [potong pendek dan kecil]
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
6 biji buah belimbing buluh (saya tak letak)
4 biji cili hijau (saya tak letak)
2 biji mangga muda [potong kecil] (saya tak letak)
2 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar[belah 4]
2 biji terung bulat [belah 4] (saya tak letak)
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 bungkus rempah kari daging ]
1/2 cawan air asam jawa ] bancuh
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk atau hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.

2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.

3. Panaskan minyak sapi & minyak. Tumiskan bahan yg dihiris sehingga wangi.

4. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,

5. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.

6. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.

7. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam.

8. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.

9. Renehkan sehingga naik minyak lagi.

10. Siap untuk hidangan.


Saturday, June 20, 2009

Farewell Kak Moi sekeluarga





20/6/2009
Hari ni masak special sket ajak kak moi sekeluarga datang rumah farewell untuk dia yang akan balik for goods bulan Ogos nanti....saya tak ajak ramai pon ajak dia satu family je...(kekawan kat Dubai jangan kecik hati ya saya masak sket je hehehhe)

Terasa baru je kenal kak moi ni...Kak Moi adalah orang pertama saya kenal bila tiba di Dubai (kawan blogger) dialah yang tolong time kitaorg susah dulu tak da kereta...time tu kakak tak sihat pastu malam-malam pergi ada teksi time nak balik tu tunggu punye tunggu tak pulak teksi dah tengah malam..nasib le asben kak moi En Norris tolong tumpangkan sampai balik hotel apt...masa tu baru tiga minggu rasanya sampai di tanah Dubai ni..(citer selanjutnya boleh baca kat SINI)

So mengenangkan rasa terhutang budi dia dah tolong saya dulu...dan memandangkan dia nak balik for goods sajelah ajak datang rumah makan-makan sket...lagipon sejak pindah apt kak moi tak pernah datang rumah lagi.

Terima kasih banyak-banyak kak moi pertolongan tempoh hari kami ingat sampai bila-bila...Selamat berangkat pulang ke tanahair...nanti balik Malaysia keep in touch ya.. Minta maaf ya kalau ada terkasar bahasa tersalah laku dan kata-kata...macam raya pulak hehehe


p/s kak moi...kalau ada rasa terkurang atau terlebih tu maaflah ya..rasanya kak moi lagi pakar masak lauk pauk ni hehehhe



Menu Hari Ini
Nasi Tomato
Ayam Masak Kelio
Kari Daing
Ayam goreng celup tepung KFC
Jelatah Timun
Pappadom
Buah Anggur
Air Laici
Bun Kacang Merah


Dah lepak-lepak lepas makan...kami masing-masing berborak lah..dah lama tu ada pulak orang picit bell ingatkan siapa..rupanya my neigbour Mr Cylde from South Africa tinggal satu level tingkat 8 ni jugak...datang bagi VCD citer karton untuk budak-budak ni...so langkah kanan lah dia...ajaklah masuk sekali join kitaorg...dia datang sorang je wife dia tido tak sihat kat rumah..yang kelakarnya mat salleh biasalah kan...datang rumah orang tak reti nak buka selipar dia hehehhehe nak tegur pon serba salah




Wednesday, June 3, 2009

Nasi Pilaf, daging masam manis

Nasi Pilaf ini saya cuba ada kelainan dari segi penyediaannya dan nasi tu rasa sedap dengan adanya daun pudina harum jer baunya...Terima kasih my dear old friend noreen..(hari-hari dok selak blog ko je cari resepi) jangan mare.....so untuk lauknya saya tak buat ayam masak merah tapi saya buat Daging masam manis...exceli kalau ikut resepi asal rupanya kemerah-merahan.semalam saya tengah ralit lipat kain sementara tunggu daging tu masak terhangus ler sket hehehehe so jadi hitam rupanya..takpelah next time saya cuba lagi..

RESEPI Nasi Pilaf
copy paste dari blog Noreen UK - Terima Kasih


Bahan-bahan: (saya buat separuh adunan je)

2 kg beras basmati - dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam kemudian toskan airnya
375gm mentega
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun padan - disiat2kan & disimpul
3 biji bawang besar - dicincang halus
kismis & bawang goreng - utk ditaburkan di atas nasi
daun ketumbar & daun pudina - utk ditaburkan di atas nasi
garam
air secukupnya
cara:
1. panaskan periuk non-stick dengan mentega
2. tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan
3. gaul rata
4. setelah itu masukkan bawang besar yang telah dicincang tadi dan gaul lagi sehingga wangi
5· masukkan beras dan gaul dengan menggunakan sudip kayu tapi kacau dengan perlahan2 supaya beras tidak patah
6. goreng sebentar beras tadi supaya ianya sebati dengan bahan2 tumisan.
7. kacau dengan teknik pusingan jam supaya nasi akan menjadi berderai sebiji2 dan tidak melekat diantara satu dengan lain
8. setelah itu bolehlah dimasukkan air separas beras dan agak2lah macam masak nasi biasa
9. jangan lupa taburkan sedikit garam dan biarkan nasi sehingga benar2 masak
10. boleh jugak diubahkan ke dalam rice cooker
11. taburkan kisimis, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng ke atas nasi dan hidangkan bersama2 lauk seperti ayam masak merah..apa2 lauk pon takpe




RESEPI Daging masam manis
copy paste blog Noreen UK - Terima Kasih

Bahan-bahan: (saya buat separuh adunan)



Bahan A :
1kg daging - cuci bersih dan dipotong ikut style masing2
100gm gula melaka - dihiris (saya tak letak sbb tak da)
50gm asam jawa - diramas dengan semangkuk air dan tapiskan
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Bahan kisar:
20-25 helai lada kering
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 ibu jari kunyit hidup (saya gantikan dengan serbuk kunyit)
2 sudu teh ketumbar biji (saya tak letak)
1 sudu teh jintan kasar



cara:
1. gaul rata rempah kisar dengan semua bahan2 A kecuali minyak.
2. perap selama 15 hingga 30 min
3. panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap berserta rempahnya
4. masak sehingga dagingnya lembut dan kuahnya pekat
note: daging boleh juga direbus terlebih dahulu. selepas itu dihiris dan diperapkan bersama bahan2 kisar




Monday, June 1, 2009

Nasi Minyak Puteri Saadong




1/6/2009
Pagi tadi breakfast nasi goreng ada balance nasi putih malam tadi..pagi tadi tak sempat nak tangkap gambar sebab nak cepat masak...so tengahari ni mula-mula nak buat nasi beryani fikir nanti pedas anak tak makan pulak..so tukarlah menu buat Nasi Minyak Puteri Saadong resepi ni ambil kat blog my best friend Noreen UK...thanks (aku cnp ko punye resepi)...nasi ni seakan-akan nasi tomato tapi dia lain sketlah rasanya..so lauk macam tak kena jer...selalunya orang makan nasi minyak dengan ayam masak merah ke kan....hari ni saya buat kari daging dan ikan bakar + cecah air asam..bolehlah tu kot ya janji kenyang..Alhamdulillah



RESEPI Nasi Minyak Puteri Saadong
copy paste dari blog Noreen UK - Terima Kasih

Bahan-bahan:

5 cawan beras basmathi

5 cawan air

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan cili sos

2 biji bawang besar - dimayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan

Bahan2 rempah tumis:

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

cara:
1. Panaskan minyak sapi
2. Tumiskan rempah tumis bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu
3. Masukkan cili sos, sos tomato dan air
4. Gaulkan sebati
5. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama2 dengan daun pandan
6. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan beras
7. kacau rata
8. kemudian masaklah seperti masak nasi biasa
9. taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi yang telah masak tadi
10. hidangkan bersama2 dengan lauk pauk
note: boleh dimasak dengan rice cooker selepas step 6
source: rossya



Thursday, May 28, 2009

Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice





28/5/2009




Pagi ni brekfast roti kentang buat malam tadi...tengahari ni buat nasi tomato sebab dah lama tak buat....dah banyak resepi dah cuba rasanya resepi my mom jugak yang sedap heheheh...di tambah dengan ayam masak madu, acar timun serta papadom..memanglah berselera nak makan....selalunya saya buat acar timun mentah...kali ini saya tukar selera pulak mencuba acar timun di blog ct...ada kelainan sketlah memang sedap..


Keropok tu pemberian kawan dari Terengganu....so just goreng ajelah..kat sini memang tak da keropok sedap mcm kat msia...so sekejap je dah abis budak-budak makan untu kudapan petang

RESEPI Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice

resepi by my mom


· 1 cupak beras ( 4 kepul beras)
· 1/2 tin susu cair carnation
· 1/2 tin tomato soup heinz
· 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 1 inci halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih - utk ditumis
· air sejuk 1 cupak (kalau beras 5 kepul air)
· 2 helai daun pandan
· 1/2 senduk minyak sapi (senduk besar)
· garam secukup rasa


Cara memasak :-

1. Panaskan minyak sapi tumiskan dgn bawang yg ditumbuk halus berserta dgn buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih..tumis sehingga garing.

2. Masukkan air sejuk, susu cair dan tomato soup, daun pandan serta garam.

3. Bila mendidih masukkan beras dikacau rata-rata kemudian tutup periuk apabila kering airnya dan masak.

4. Bila handak digembur baru letak kismis



Acar Timun

Resepi ct


Cara dia senang jer


1. Potong jer timun, karot, nenas (saya tak makan nenas) & bawang besar.

2. Pastu ambik segenggam udang, hirisan bawang merah & bwang putih, goreng dalam minyak sampai nampak kekuningan. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Dalam bekas, campurkan udang & sayur, pastu letakkan sos cili secukupnya (kalau suka leh letak cuka sikit).

3. Perasakan dengan garam & gula.

4. Gaul rata. Siap.



Tuesday, May 26, 2009

Nasi Lemak & sambal paru & telur







Semalam tinjau-tinjau blog nekPP ternampak nasi lemaknya...macam tahu-tahu je memang dah lama tak buat nasi lemak...memandangkan stok ikan bilis import Msia ada lagi bolehlah buat nasi lemak...emmm tengok dalam peti sejuk ada lagi balance paru beli hari tu...so buatlah sambal paru dan sambal tumis telur....sambal paru tu goreng ter rentung sket itu nampak hitam je hehehe takpelah janji boleh makan hehehhehe




Resepi Nasi Lemak

copy paste dari blog kak hanieliza - terima kasih


Bahan2

1 kg beras AAA [basuh n toskan]


1 liter santan [5 cawan santan]


3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]


3 keping hirisan halia3 ulas bwg merah [mayangkan]


garam secukupnyasedikit gula jika suka



Cara


1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.


2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.


3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Bahan


250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala] - saya tukar kepada telur rebus


1 senduk cili kering mesin ]


3 labu bawang besar ] dimesin halussket belacan ]


1 cawan air asam jawa


2 labu bawang besar..mayang kasar


garam, gula, minyak untuk tumis



Cara


1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.

3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.

4. Bila dah naik minyak baru angkat.



Nasi Goreng Kampung express


26/5/2009

Semalam ada lebihan nasi putih tu..so pagi ni buat nasi goreng kampung express je..guna perencah nasi goreng ADABI tu.

Pagi sampai tenghari ni makan nasi goreng kampung je


RESEPI Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan
3-4 cawan nasi putih
2-3 sudu minyak masak
perencah nasi goreng ADABI
beberapa cili padi di tumbuk
sedikit ikan bilis

garam secukup rasa
Hiasan
hirisan timun
bawan goreng
telur mata kerbau


1. Masukkan beberapa sudu minyak masak, masukkan sepeket perencah nasi goreng ADABI.
2. Masukkan ikan bilis..
3. Masukkan nasi putih..kacau sebati
4. Masukkan cili padi
5. Masukkan garam gaul sebati.
6. Angkat dan ketepikan.
7. Goreng telur mata kerbau..
8. Makan nasi bersama-sama telur mata kerbau, hirisan timun, tabur bawang atas nasi.