MY GUEST BOOK

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, December 19, 2009

Selamat Hari Jadi ke 11 Farah

Buat lagi satu lagi kek heart chiffon orange...sbb cupcakes tak cukup heheheh















17 December 2009


Cupcakes coklat khas untuk anak sedara....Birthday Farah jatuh hari Khamis..semalam baru buat cupcakes...so hari ni baru nak celebrate...just a simple deco..


Harap farah suka..asu buat special untuk farah tau :)
Deco guna buttercream + piping jelly
Dah abis cupcakes buat lagi satu kek heart...orange chiffon



Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah untuk semua


17 December 2009


Salam Maal Hijrah untuk semua...semoga tahun Islam yg baru diberikan keberkatan, keinsafan, murah rezeki dan diselubungi rahmat dan keredhoan Allah s.w.t..Insyallah Aminnn


Tak lupa jugak nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak sedara Farah Amni Irdina yang ke 11 tahun..semoga menjadi anak yang solehah..good luck for your UPSR tahun depan..










Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah dah complete class deco cupcakes










Gambar ehsan my sifu kak zue...camera dah full memory


7 Disember 2009



Cuti-cuti Malaysia saya habiskan masa lapang yang terluang dengan attend course yang saya minat...Alhamdulillah dah selesai attend Basic Cupcakes Deco Class with my sifu kak zue. Thanks ya kak zue..happy sangat and bangga jadi your 1st student..best sbb kak zue ajar one to one boleh concentrate dan byk ilmu yang saya dapat.
Insyallah lepas ni saya lebih bersemangat nak mendeco cupcakes bila balik Dubai nanti....kekawan Dubai kalau nak order kek boleh cari saya lah ya hehehheehe


Wednesday, November 25, 2009

salam adiladha buat semua


salam semua pengunjung-pengunjung setia dan teman2 blogger dan cyber..lama dah tak berupdate blog yang dah bersawang ni..



Buat pengetahuan semua...saya tengah bercuti kat Malaysia sekarang ni sempena menyambut Hari Raya Adiladha...kalau ada kekawan nak jumpa bolehlah datang ke rumah mak saya di Rawang (tapi kena call dulu ya takut saya merayap biasalah cuti-cuti ni kan hehehhe)


Alhamdulillah tahlil arwah abah yang ke 40 hari telah selesai pada 23/11/2009 lepas..sekejap aje masa berlalu..Raya Adiladha kali ini terasa sunyi lah sebab arwah abah dah tak da...masih terbayang-bayang lagi macam dia masih ada lagi di dunia ni..sampaikan ada kekawan masih menghubungi nombor hp arwah abah pada mereka yang tak tau lagi ketiadaanya..
Raya Aidiladha kali ni tak semeriah tahun-tahun yang lepas kami sambut ala kadar aje..kami akan mengunjungi pusara arwah abah di kg Sungkai Perak (tempat kelahiran dan saat-saat terakhir arwah abah mengembuskan nafasnya di pangkuan ibunda yang tersayang hajjah Jamilah yang masih kuat lagi berumur 90 thn)

Pada mereka-mereka yang dalam perjalanan balik kg tu hati-hati di jalan raya ya...pada yang masih ada ibu bapa tu luangkan masa menziarahi mereka...pada yang jauh tu kalau tak dapat ziarah tu selalu-selalu lah menghubungi mereka ya..



Saturday, October 17, 2009

Al fatihah buat arwah abah Hj Osman bin Ngah Ismail

17/10/2009



Al fatihah



Terima kasih atas ingatan dan doa kalian semua..Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan, kami selamat sampai KLIA pukul 8 pagi Jumaat, dan sampai ke kg Sungkai Perak pada pukul 11pagi dan sempat tengok wajah arwah abah dgn muka berseri dan tersenyum...

abah maafkan kesalahan dan dosa kami tak berkesempatan nak jumpa abah masa raya haritu halalkan & makan minum kami..kami redha pemergian abah semoga roh abah dicucui rahmat Illahi...Insyallah Amin..Ya Rabbal A'lamin....Arwah abah ke kg menemui ibunya tercinta dan meninggal serta rebah di atas pangkuan ibundanya (opah) yang tercinta setelah sesak nafas akibat serangan jantung
kami akan adakan kenduri tahlil lepas Isyak di Sungkai Perak hari ni dan akan adakan kenduri tahlil di Bandar Country Homes, Rawang Selango jugak nanti...talian utk dihubungi 012 911 8175
saya kehilangan arwah abah tercinta pada 15/10/2009



Thursday, October 15, 2009

Cucur Udang Kak Jun


14/10/2009



Semalam petang buat cucur udang...dah lama tak makan..kalau kat Malaysia guarantee beli kat kedai punye...kat sini tak da...so buatlah ikut resepi kak jun..thanks sudi share resepi..cucur saya ni terlupa letak pewarna kuning so jadi warna asli tepung :) tapi tetap sedap makan panas-panas cecah dengan cili sos...saya tak guna cili sos botol aje..tak sempat nak buat sos sendiri atau buat kuah kacang lagi power


RESEPI CUCUR UDANG
Kak Jun - Terima Kasih

Cucur Udang Sedap Jun



Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
250gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna baking powder)
taugeh
daun kucai-potong2
air dan garam secukupnya
sedikit pewarna kuning
150gm udang


Bahan untuk sos:-
@ 2 sudu besar cili boh
@ 10 ulas bawang putih-cincang
@ 50gm cili sos
@ garam
@ sedikit gula
@ 100ml air
Minyak secukupnya


Cara-cara
Untuk sos:-
satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.
Untuk cucur:- satukan tepung ngan soda bikarbonat.
1. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. (jun tambah jagung ngan parutan carrot). Bancuh hingga rata dan pekat.

2. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas.
Cucur akan tertanggal dari senduk.
3. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
# pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..heheh


Wednesday, October 14, 2009

Bingka Jagung kak hanieliza



13/10/2009


Dah lama tekak ni nak makan Bingka Jagung tak terbuat-buat...so semalam baru lah buat...bakar lama sejam lebih nak bagi keras atasnya...menunggu bakar sampai mengantuk lah pukul 2.22 pagi baru tido..


Alhamdulillah elok jadinya..terima kasih kak liza kongsi resepi



RESEPI BINGKA JAGUNG
Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair





Cara-cara:

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.

2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.

3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.