MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, June 4, 2009

Swirl Bun (inti kacang merah & coklat)

Cara-cara atau teknik nak wat roti jadi seperti di bawah
boleh REFER KAT SINI

Hari ini mencuba resepi swirl bun dan buat inti kacang merah.. ada permintaan dari kak Shidah dan Pn Sara nak roti inti kacang merah..sebab esok ada perlawanan kat padang terminal2 ada games bola sepak kat sana (perlawanan 3 negara..Malaysia, Indonesia, Singapore)

Roti untuk anak-anak, saya letak inti coklat sebab diaorg suka coklat compare kacang merah hehehe..(inti coklat saya express je nak cepat guna coklat instant sapuan nutela je)

Lupa nak citer di sebalik inti kacang merah ni...mula tadi ingat dah x jadi sebab cair semacam jer...Tawakal je dok kacau-kacau sentiasa kat kuali tu..lama gak lah mengacau akhirnya elok jadi pekat dan sebati...Alhamdulillah kalau tak jadi rasa macam nak nangis je tadi..

Inti kacang merah saya resepinya saya cilok kat blog kak suzie..sementara bun swirl blog noreen....budak-budak kemain tak sabar bila roti dah siap bakar..menunggu kat tepi nak jadi tester hehehehe



Okaylah roti untuk Kak shidah dan Pn Sara tak siap lagi ni....dia request mini loaf (mcm roti kentang tu size kecil senang nak makan instead of bentul swirl bun kat atas nun)



RESEPI Swirl Bun
cnp dari blog Noreen UK - Terima kasih

Bahan-bahan:
Bahan2 untuk chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar suam
18gm serbuk koko
10gm mentega



Bahan2 untuk doh:
150gm tepung roti1
50gm tepung kek
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
3gm (1/2 camt) garam
125ml susu segar
1 biji telur
60gm gula kastor
50gm mentega
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
1. cara membuat chocolate paste: satukan gula, tepung kek dan telur putih ke dalam mangkuk. kacau rata dan ketepikan
2. masukkan susu ke dalam mangkuk tahan panas dan masak dengan api sederhana panas sehingga mendidih sedikit
3. masukkan serbuk koko ke dalam susu tadi dan kacau sehingga sebati
4. kemudian masukkan pula campuran putih telur tadi dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat
5. tutupkan api dan biarkan chocolate paste sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap
6. cara membuat doh: masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh. tunggu sehingga doh siap
7. atau masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan kecuali susu dan telur. kacau rata. kemudian masukkan susu dan telur. uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. tutup dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
8. setelah siap bolehlah dikeluarkan dari BM atau mangkuk adunan dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
10. bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 15 min
11. bahagikan doh kepada beberapa biji dengan setiap satu seberat 50gm
12. bentukkan setiap satu menjadi bulat kecil
13. ambil satu doh kecil tadi dan canaikan menjadi bulat dan ambikan satu sudu kecil chocolate paste dan letakkan ke atas doh tadi
14. bulatkan semula doh tadi dan kemudian canaikan semula
15. potong doh tadi tetapi jangan putus dan gulungkan
16. susunkan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu dan ulangi sehingga doh habis
17. setelah itu bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 40 min (pada yang tinggal dinegara 4 musim boleh di simpan di dalam oven (TIDAK PERLU ON KAN) dan diletakkan dua cawan air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik sekali lagi)
18. akhir sekali bolehlah dibakar pada suhu180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
19. bolehlah disapukan permukaan roti tadi dengan olive oil supaya permukaan roti akan sentiasa lembut
source: HHB


RESEPI Inti kacang Merah....kak suzie

Bahan2:
Satu tin kacang merah(400gm) saya guna brand carlifonia red kidney beans
2 senduk gula (saya letak ½ cawan gula)
minyak masak
daun pandan kalau ada
sedikit garam

Cara2:
1. bilas dan tapis kacang merah- kisar hingga hancur
2. panaskan minyak dan masukkan gula. biarkan cair menjadi karamel.
3. masukkan kacang merah yg telah dikisar
4. masukkan sedikit air dan daun pandan
5. masak hingga pekat bekilat.




11 comments:

KesahKu said...

alahai kak mida..
sedapnyerrr...
nak2 bila tngok kak fatin n farris makan..
memang nmpak menyelerakan...
adehhh...slurrrpp..slurrrppp

fizan *sew addict!* said...

nyum nyum.....balik dari kg nanti baru mulakan operasi meroti semula....

comelnye dua beradik tu makan roti...faris semakin hensem dan lebih besar nampaknya dari kakak.hehe

FiDa@aMiDa said...

yanti

budak2 tu mcm tulah tgh akak kat dapur riuh bertempik nak dok mengacau akak gentel2 doh roti tu

fizan
aah farris tu besar dari kakak dia..nakal dan kuat makan pulak tu auta lebih hehehhe..kakak kurus tak kuat makan

Anil Wanina said...

sedapnyeeee.... mintak satuuu... :D

ain said...

alahai fida..rajin betul lah!!

izan said...

salam mida...

rajin nya.....buat roti..meh sikit...

paij188 said...

fida yg rajin wat roti.. time kasih resipi... mmg mencari resipi ni..
p.s. g ke padang ptg ni? kitaorg x g la.. panas 4 o'clock tu.. mengamuk pulak falisha nnti.. pastu hubby kate kat situ xde pokok banyak.. jenuh nnti. kirim salam je la kat diorg.

FiDa@aMiDa said...

kak ain

ada org request so bagi tak menghampakan saya buatlah :)

wanli, izan
mai sini rasa :)

wanli - apasal akak x leh masuk ur website tulis invited reader je huhu

fairus
ok sharing is caring cubalah resepi tu
oic fida pergi sbb ada org kirim roti

ZaiY said...

fida..oo fida..
lalu kat umah fida tadi ada bau roti la...syoknya ada tester menanti nk rasa roti tu, suka tgok 2 beradik tu mkn, nak buat roti pun mesti bersemangat sbb anak2 suka makan kan.

FiDa@aMiDa said...

kak Zaiy

oh yer ker nape tak singgah dulu rumah hehehehe

ialah semangat sket kalau buat roti ada yg nak makan

blogresipi said...

Kak Fida, nampak sedap betul bun tu..macam kat kedai roti pulak... inti kacang tu pun elok je jadinye.. saya pernah buat skali tp pasal tak blend jadi menggerutu jer..heheh