MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, June 2, 2009

Bun Coklat, Kuih Bakar a.k.a Bingka

RESEPI Bun Coklat
copy paste dari blog ros tokyo - Terima kasih

Bahan-bahan (dapat 12 biji)
200 gram tepung roti/ highprotein flour
50 gram tepung gandum
1 sudu kecil yis
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu besar susu tepung/skim milk
2 sudu besar gula
1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
120ml susu segar atau air suam
1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
2 sudu besar serbuk koko


*untuk inti*
sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke

Cara-cara
1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.

2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.

3. Kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.

5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.

RESEPI Kuih Bakar Bijan a.ka. Bingka
copy paste dari blog noreen UK - Terima Kasih

Bahan-bahan:
450gm tepung gandum
6 biji telur
500ml santan
450gm gula pasir didihkan bersama 400ml air
80gm daun pandan mesin bersama 400ml air dan tapiskan
beberapa titik pewarna hijau
1 camt garam
sedikit bijan
cara:
1. satukan tepung gandum, telur, santan, air pandan, garam dan pewarna hijau ke dalam mangkuk adunan

2. kacau sehingga sebati

3. kemudian tuangkan air gula dan kacau rata

4. tapiskan adunan tadi ke dalam mangkuk adunan yang lain

5. panaskan oven pada suhu 180C

6. sapukan acuan kuih bakar dengan sedikit minyak sapi dan panaskan sekejap ke dalam oven

7. tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan dengan bijan

8. bakar selama 35 - 40 min atau sehingga masak
source: rasa




Hari ini cuba buat roti bun coklat setelah tinjau-tinjau maka virus roti dah merebak ke Dubai hehehhehe...memang sedap, gebu budak-budak pon suka...inti dia tak letak krim coklat just letak beberapa biji coklat chip dan kat atas dia pon letak sebiji coklat chip hehehh..next time boleh buat lagi letak banyak-banyak inti dalamnya..
Sementara untuk roti naik 2x ganda...saya pon buat kuih bakar a.k.a bingka...dah siap bakar tadi terlembik sket adunannya terkurang tepung agaknya hehehehe...takpelah asalkan boleh makan sudah hehehhe...



3 comments:

blogresipi said...

Kak Fida, terliur betul tgk kuih bingka tu.. faveret jugak tu... makan panas2 tentu sedap...

ain said...

rajinnya fida masak mcm2.untung le bdk2 dpt mummy rajin mcm mummy fida.hihi

FiDa@aMiDa said...

blogresepi
kuih bingka tu freveret akak jugak itu yg buat :)

kak ain
dok kat perantauan ni gitulah nak makan semua kena buat sendiri heheheh lagipon budak2 tu asalkan coklat je mesti suka makan hehehhe lepas ni kena hari2 buat roti coklat :)