MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Friday, June 19, 2009

Kek Coklat Kukus Zaima


Kek ni saya buat dan bawa pergi rumah kak syida semalam ada jemputan makan kat rumah dia..dah banyak kali dah buat kek ni memang menjadi, sedap, gebu, moist



RESEPI Kek Kukus Coklat Zaima
Resepi asal Zaima (memang popular kek ni) - Terima Kasih




Bahan2:
1 cawan coklat serbuk
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan minyak (nak ganti butter boleh gak... lagi sedap)
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung }
1 sudu kecil soda bikarbonat } ayak 2 kali
1 sudu kecil baking powder }
3 biji telur


Bahan2 untuk Topping:
250 gm coklat masakan (potong kecil)
130 ml whipping cream } masak cara double boiler
1 sudu besar butter
sedikit gula halus

Cara2: -
1. Panaskan pengukus. - serbuk coklat + gula + susu cair + minyak/butter + susu pekat = masuk dalam periuk --> masak guna api yang kecil. Bila dah cair (sebati), tutup api.
2. Pukul telur hingga kembang --> masukkan dalam bancuhan coklat yang dah dicairkan.
3. Kacau sebati. - tepung + soda + baking powder yang dah diayak tadi dimasukkan sikit demi sikit dalam adunan coklat. Kacau rata.
4. Agak2 semua bahan dah OK, masukkan dalam loyang (jangan sampai penuh) then kukus selama kiran 1 - 1 1/2 jam. Dah masak, ketepikan biar sejuk.


Cara-cara buat topping
1. Potong coklat kecil-kecil
2. Masak secara double boiler, masukkan butter kacau
3. Masukkan cream kacau
4. Buat sepantas mungkin kalu lama topping tak cantik
5. Saya hiaskan dengan badam cincang slides (optional)




1 comment:

ain said...

another version of kek kukus ni. mesti try!!!!