MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Friday, June 26, 2009

Bingka Jagung




26/06/2009



Semalam petang saya mencuba Bingka Jagung...sebab terliur tengok sana sini kekawan blogger asyik buat menu bermacam-macam bingka... Bingka Ubi, Bingka Labu lah.....saya ciluk resepi dari blog kak Ct...Resepi asal dari Chef Hanieliza.. saya bakar kurang garing...entah apa kena denga dapur oven tu semalam selepas bakar 1 jam tetiba je berasap ...tengok bingka tu elok je tak hangus pon hehehe lepas tu cepat-cepat tutup api...lepas dah sejuk oven tu dok siasat apa punca dia jadi berasap...rupanya agaknya lebihan mentega cair terkeluar dari acuan tu kot yang menyebabkan cecair mentega jatuh kat bahagian bawah oven itu yang membuatkan oven tu berasap.. maybe salah saya lah kot sebab menggunakan dulang...saya letak acuan tu terus dekat dulang yang berjalur besi itu jer hehehhehe..harap-harap lepas ni oven tu berfungsi macam biasalah ya...




RESEPI Bingka Jagung - Chef Kak Hanieliza
copy paste dari blog kak ct - Terima Kasih


Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair



Cara-cara:
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.


1 comment:

Anonymous said...

Wah akak pun dah terjangkit dengan bingka jagung nie ek... hehe... best la bingka nie.kite pun dah lama tak buat.