MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, June 13, 2009

Majlis Sambutan Hari Keputeraan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin





Majlis Sambutan Hari Keputeraan
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Sultan Mizan Zainal Abidin

Tarikh : 12 Jun 2009
Masa : 5.30 - 8.00 pm
Bertempat : Tamouh Cafe, Reem Island,
Abu Dhabi, United Arab Emirates (UAE)

Menu yang disediakan oleh pengusaha Cafe Tamouh

di antaranya nasi goreng, bihun goreng, kari daging, nasi putih, sayur campur, butterprawn, kuih muih - serimuka, muffin, buah-buahan..macam-macam lagilah...maybe ada banyak lagi menu tapi orang ramai ini ajelah yang sempat di sambar hehehhehe

Kami di Dubai dan Abu Dhabi menyambut Hari Keputeraan Agong pada 12 Jun 2009. Tarikh sebenarnya jatuh pada 6/6/2009 (kebetulan tarikh keramat ini mempunyai persamaan dengan tarikh ulangtahun perkahwinan saya heheheh)

Ramai rakyat Malaysia berkumpul di sini tak kira dari Abu Dhabi atau Dubai datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis di samping mengeratkan lagi siraturrahim di antara satu sama lain tanpa mengenal bangsa


Terima kasih kak shidah & family kerana sama-sama tunjuk jalan konvoi ke Abu Dhabi (semalam dah ramai-ramai tu terlupa nak tangkap gambar dengan kak shidah)


Sempat jugak bergambar dengan Datin Saerah wife of Dato Yahaya Duta Besar UAE di Abu Dhabi very humble, friendly and nice person...(lady in black Kebaya) and Pn Sara wife of Consulate General Dubai (lady in purple kebaya) jumpa bila ada meeting perwakilan cuma baru semalam sempat nak gambar berdua

3 comments:

eiyda said...

fida..
ramai betul org kt sana kan..nasib baik sempat jugak eiyda sambar kuih muih tu..tp lauk pauk memang banyak cuma lambat nak kena berebut..hehehe

FiDa@aMiDa said...

eiya

itulah ramai yang dtg sampaikan meja makanan pon tak nmpk heheheh penuh org beratur hehehhe

ain said...

meriah tu!!! seronok sekali sekala berkumpul kan.