MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, May 20, 2009

Bingka Pandan Cheese atau Pandan Chese Kek?









20/5/2009

PANDAN CHEESE KEK
Resepi Asal Ongiri

Resepi copy paste dari blog kak moi..tq




Bahan-bahan:
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla




Cara:
1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (i ikut cara c.mat guna kaedah double-boiler).
2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue.

4. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
5. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.


Sejak malam tadi berkobar nak test resepi Kek Pandan Cheese kat blog kak moi..so pagi ini bersiap semua bahan-bahan...

Entahlah apa yang silap ???
alamak kek tu jadi bantat pulak huhuhu



Pandan Cheese kek bertukar jadi Pandan Bingka Cheese hahahahhaha

Bermacam-macam andaian bermainan di kepala..
Andaian demi andaian


1. Adakah sebab tadi nak cepat sampai terlupa nak ayak dulu tepung??
2. Adakah sebab acuan double boiler yang digunakan tu tebal sangat sebab tu kek jadi bantat
3. Adakah terlalu lama guna mixer ??
4. Teknik merigue tu camner? silap teknik ke ?
5. Suhu tak betul ker?
6. Tak letak baking powder ker?
7. Air sket sgt ke letak dalam dulang acuan tu?
8. Silap size acuan ke? sbb guna acuan 22cm



Rasanya dah belek2 resepi tu mmg confirm tak da letak baking powder
Nak kata suhu tak betul ikut step by step dalam resepi


So kekawan tolong buat post mortem sket boleh??
takpe nanti saya akan cuba lagi sampai JADI


KESIMPULANNYA :-
saya rasalah...jawapan saya mungkin sbb saya tak ayak tepung, salah teknik merique, guna mixer lama sgt, acuan double boiler itu tak letak air hangat
BETUL TAK??


Menu Hari Ini

Nasi putih
Ayam Masak Merah
Sup Tulang (ada balance semalam)


RESEPI AYAM MASAK MERAH - NekPP - tq

Bahan-bahan
1 ekor ayam kecil dipotong 8
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

(saya letak sedikit madu)
(saya tambah beberapa ubi kentang potong kiub)

Tumbuk
10 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji gajus (saya tak letak)
4 tomato biji (kisar asing dengan gajus) - saya tak letak

Cara-cara
· Satukan ayam, air asam jawa, bahan-bahan yang dikisar dan bahan-bahan kisar keringdan masakkan atas api hingga air ayam kering.
· menjadi empuk dan hanya sedikit kuah sahaja yang tinggal. Tambahkan bahan perasa secukup rasa. Angkat kuali dari api.
· Sendukkan keluar dan hidangkan panas-panas. Hiaskan dengan daun ketumbar (daun ketumbar tak da tak letak)



8 comments:

paij188 said...

janji masuk mulut sedap Fida! i tgk selera jer.. (sbb kite ni x rajin buat kek) kuih2 rajin ler..

QiStinA's said...

mmm... kesian fida...tak pe..janji boleh makan kan... mana silapnye yek... putih telur tu jadi meringue dak??? kalau kmoi double boiler tu guna periuk vision je... api slow gitu... emmm..try lagi sure sukses..he..he...

FiDa@aMiDa said...

budak2 ni tadi bagi kek tak jadi tu.. dioarg makan laju je hehehehe
hentamlah abu janji boleh mkn :)

FiDa@aMiDa said...

kak moi.

rasanya fida silap tang guna mix tu..patutnya dah mix telur putih dan kuning time letak tepung tu tak yah guna mixer jer kacau je..itulah padahnya tak baca betul...lagipon buat pagi tadi mula-mula si kecik tu tido pastu terjaga lak..itu yg nak cepat tu..baca sekali lalu je...takpe nanti buat lagi sampai jadi :)

nekPP said...

amboiii...say cheeseeeeeeeeeeee ;p

ZaiY said...

takpe fida, janji boleh makan dan xmembazir, tak kisahla. lagipun 1st time mmg camtu kan.nanti lama2 xpert la tu. kek2 yg ada teknik double boiler ngan teknik meringue ni mmg cerewet sket.

FiDa@aMiDa said...

zaiY - ialah selalu buat kek mix semua sekali masuk dlm acuan dah siap..sbb ada teknik merigue segala bagai itu yg tak jadi tu heheheh salah teknik..takpelah 1st try...try and error :)

FiDa@aMiDa said...

akak Tulis balik kata2 hikmat dari ros tokyo

Insyallah akan buat lagi sampai berjaya :)

21 May 09, 02:02
ros tokyo: masa ni jgn guna mixer dah..cuba lagi ek kak, ayak dulu tepung tu ye..harap dpt membantu
21 May 09, 02:01
ros tokyo: jgn masuk sekali gus, nnt susah nak sebati, masa masukkan tu pakai senduk kayu atau spatula
21 May 09, 02:01
ros tokyo: lagi satu meringue tu kena betul-betul kental tau, pastu masuk kan sikti2 meringuet dlm tepung
21 May 09, 02:00
ros tokyo: salam kak mida, kemungkinan besar kek tu over mix, dia takleh pukul tepung n meringue tu lama sgt