MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, May 7, 2009

Roti Sosej Berpintal







7/5/2009

Pagi tadi buat keow tiew goreng lagi tapi gambar malas nak tangkap.
Menu Tenghari makan lauk semalam je...

Menu Petang - Malam

Roti Sosej Berpintal ala2 pizza tu. Untuk tidak menghampakan permintaaan Yanti Comel, akak ada tunjuk step by step guna BM tu...

1. Mula2 letak semua bahan-bahan (mengikut sukatan dalam resepi) tepung, yis, air suam, garam, gula, minyak masak.

2. Tutup BM rapat-rapat ON kan suis...

3. Pastu SELECT no 9 utk buat adunan doh..

4. Pastu tekan START..tunggulah 1 jam 20 minit proses mengguli dan menaikkan doh dalam BM tu.

Sementara nak tunggu adunan siap bolehlah buat keje lain...nak lipat kain, nak mengemas ke, nak pi kedai pon sempat lagi hehehhehehhe lama tu..

5. Dah selesai bunyi beepppp keluarkan dan canaikan macam biasa.


Bagi yang tak da BM mari kita exercise jari jemari untuk menguatkan muscle lenggan masing-masing jom uli secara manual...jangan mare..gurau je




TARAAAAAAA


Roti dah byk kali buat mmg sedap tapi kali ni 1st time guna BM


Resepi Bun Sosej Berpintal dari Kak Lynn - Terima kasih



BUN SOSEJ BERPINTAL
(Adunan ini dapat 8 pcs bun sosej)

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera 1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak
250 ml air suam (warm)
8 batang sosej ayam
sedikit sayur campur sedikit sos tomato sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan



CARA MEMBUATNYA :


1. Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.

2. Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 2-3 sudu kecil air lagi mengikut keadaan Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.

3. Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film. Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda

4. Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 gram

5. Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej) . Letak sosej diatasnya kemudian gulung Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)

6. Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak Ulang kesemua doh hingga habis. Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda

7. Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata

8. Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 10 minit kemudian keluarkan dari oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 10-15 minit atau sehingga keperangan

9. Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya. Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka




8 comments:

Anil Wanina said...

sedapnye roti tuuu... tingin nak try.. tapi tak reti.. :(

paij188 said...

sedap nyer! rajin sungguh. i kena cr bread maker jugak ler. cepat.. x sempat la nk uli roti bile ade baby nih.

ZaiY said...

syoknya fida ada bm ni, ari2 msti teruja nak try resepi roti yg baru kan. aritu ada gak intai2 bm kat hyper panda tp xreti la nak beli yg mcmana. kalau bleh xnaklah beli yg mahal2 sgt. fida beli brand apa yer?

FiDa@aMiDa said...

wanli - try la ikut step by step Insyallah menjadi.

Fairuz - dulu time tak da bm uli pakai tgn time budak2 tido atau uli malam2 atau time awak pagi.


ZaiY - sejak ada BM ni mmg projek roti je lah hehehehe. fida tukar cosway punye..kalau member cosway beli brg RM60 + dpt 2 kupon pastu tambah RM249 utk dptkan BM tu. kalau tak harga asal RM450 kalau tak silap. BM jenama Empress. Kalau jenama yg branded mahal lg kot rasanya. Kalau noxxa breadmaker (amway) RM940


kegunaan BM - boleh buat donut/pizza/pau/jem/pelbagai jenis roti putih, gamdum penuh, rai, walnut, madu, mahupun roti perancis


Details mengenai BM Empress ni kat bawah :-

Nikmati Roti Buatan Sendiri yang Enak dan Menyihatkan


Pembakar roti Empress, membuat dan membakar segala jenis roti putih, gamdum penuh, rai, walnut, madu, mahupun roti perancis yang rangup malah boleh membuat jem. Membuat roti sendiri di rumah sungguh mudah dengan Empress, bread Maker yang senang diprogramkan. Hanya etakkan semua bahan ke dalm, programkannya dan anda akan menikmati roti segar tanpa menunggu lama.

Functions :

10 programmes : basic, frnch, whole wheat, sweet yeast cake, quick Dough, jam, bread dough & bake
Loaf size selection : 1.5 lb, 2 lb , 2.5 lb.
13-hour delay start timer
Automatic 1 hour keep warm function
Child lock system
Fungsi :

10 prgram : Asas, perancis, gandum tulen, manis, kek yis, segera, doh, jem, doh roti dan bakar
Pilihan size : 1.5 paun , 2 paun dan 2.5 paun
Delay time 13 jam
Fungsi pengekal panas automatic 1 jam
System kekunci kanak-kanak.

PERCUMA BUKU RESEPI

QiStinA's said...

aduh... jealous tgk roti die... nak pi rembat BM la cam nie...he..he

FiDa@aMiDa said...

kak moi

rembat jgn tak rempat hehehhe

nekPP said...

yuhuuu dah titun kaaa..wahaks..

mak aiii boley meniagaa tuhh..punyaaa laa bayakkk..pesal xtunggu nekpp kat bwah apmnt..ekeke..

psttt nekpp pon ahli cosway..ngee

FiDa@aMiDa said...

1st time guna BM utk resepi tu selalu guna tgn je..takut tak menjadi malu nak bagi org kalau tak jadi..dia dah try jadi..next time arr kalau buat pass pada kak nekPP :)

p/s bolehlah beli BM pasni heheh