Projek malam tadi....setelah teruja tengok blogger lain buat roti..so virus roti berjangkit pula di Dubai...di tambah pulak semalam ternampak roti kentang rumah kak inahar dan ros tokyo tempoh hari...tiba giliran saya pulak mencubanya...wah best sungguh lembut, gebu, sedap...tak rugi mencuba....lepas ni memang saya tak beli roti dah kat luar buat sendiri je sedap, bersih, halal dan terjamin
ros - terima kasih sudi share resepi ni.
Topping custard saya ni comot sket sbb saya terlupa nak beli stok beg piping....guna plastik clear tu je so dia tak berapa nak menjadi topping atas roti.
RESEPI ROTI KENTANG a.k.a Potatoes Bun
Resepi Asal - Ros Ongiri
Bahan untuk Roti
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung1 biji telur (dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.
bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula
caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selaluklu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
Caranya.( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
Ok dah siap Selamat Mencuba...
7 comments:
wahhh...wabak meroti ni menular dengan cepat sekali ye. sana sini ada roti...tok leh jadi ni...sat lagi nak gi..........beli rotiiii!!!!hihi
k ain - wabak dah berjangkit ke sini di tiup angin laut hehehehhe jom sama-sama buat roti
geramnye!
confirm nk cari BM kat dubai ni! ;)
syigim...cepat cari BM pastu ada geng nak buat projek meroti
Wah..bestnya tengok roti fida yg lembut gebu tu..rasa bersemangat gak nak try buat..fida jual la lagi cup cakes n roti2 yg sedap tu..;)
eiyda
kalau ada permintaan boleh aje...sbb roti ni tak semua org suka makan hehehehe
kak mida, saya amik resepi ni eh..hehe
Post a Comment