MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, May 10, 2009

BEST EVER MUFFIN






Hari ini rajin nak cuba buat muffin ni....pastu tu gatai tangan saje2 buat deco..
Jangan dok gelak lah ya...sbb tak pandai deco hentam kromo je...jadilah utk anak-anak makan.....ada buat lebih cadang esok nak bawa utk bakal serta bagi kawan-kawan makan kat sekolah anak. Muffin ni kira okaylah tak manis sgt rasanya....kalau makan gitu aje pon sedap panas2

BEST EVER MUFFIN
Resepi Asal Resepi Diana & diubaisuai oleh ros aka onigiri


Terima kasih sudi share resepi


Bahan-bahannya (Untuk 16 biji)

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran

CARA-CARANYA :-


1. Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder, garam dan gula di dalam bekas adunan. Kemudian buat lubang di tengahnye.


2. di dalam bekas lain pukul telur sedikit menggunakan garpu, next masukkan minyak dan susu, kacau sebati. Selepas itu curahkan bancuhan tadi didalam bekas yang berisi tepung. kacau menggunakan garpu atau whisker.


3. Bahagi adunan pada 2 bahagian dan masukkan kismis, coklat atau ape jua perasa kegemaran anda. (saya tak letak apa-apa pon sbb tak da bahan tak beli - saya deco letak topping atas je ala2 cup cakes)



4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.



1 comment:

NekPP said...

amboiii lady in pink gitewwwwww.. yummyyy...;))