Memandangkan sekarang cuaca musim panas...bakteria mudah membiak dan makanan mudah basi cepat...so article ini berguna untuk dijadikan garis panduan kita bersama
Dipetik dari Berita Harian 3/8/2008
Kain lap punca pencemaran
E Coli merebak apabila kain lap kotor digunakan untuk mengeringkan meja dan sinki dapur.
Rumah di Malaysia paling tercemar di Asia sebabkan virus E Coli dan Salmonella mudah merebak KAJIAN kebersihan rumah yang dilakukan Majlis Kebersihan Asia (MKA) baru-baru ini mendapati, kain lap meja yang digunakan di dapur, adalah punca utama pencemaran di Malaysia. Pengerusi MKA, Dr Christopher Lee, berkata kajian itu mengambil contoh 1,200 spesimen daripada 140 rumah membabitkan tujuh negara yang merangkumi bilik mandi, sinki dapur, kolam mandi di bilik air, anak patung, paip air di dapur, peti sejuk, kain lap meja dan permukaan dapur.
Daripada jumlah itu, kain lap meja didapati tercemar 100 peratus, diikuti paip air di dapur (95 peratus), bilik mandi (85 peratus) selain mainan kanak-kanak (65 peratus). Secara keseluruhannya, Malaysia menduduki tangga pertama sebagai rumah paling tercemar diikuti India. “Kebanyakannya dicemari oleh bakteria E coli diikuti Salmonella yang membawa komplikasi kesihatan seperti cirit birit dan keracunan makanan,” katanya. Dr Christopher berkata, bakteria seperti E coli lebih mudah merebak kerana kanak-kanak tidak membasuh tangan dengan betul selepas bermain dengan barangan mainan. Selain itu, penyedia makanan juga tidak membasuh tangan dengan betul ketika menyediakan makanan.
Beliau berkata, membasuh tangan mengambil masa 20 saat dengan sabun dan bukan hanya membasahkan tangan. “Kanak-kanak adalah 'takungan' jangkitan ini kerana mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang dicemari bakteria sebelum menjangkiti ahli keluarga,” katanya. Dalam satu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, seramai 1.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun di seluruh dunia kerana masalah bekalan air bersih, sanitasi dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Dua pertiga daripadanya tinggal di Asia dengan 90 peratus daripada jumlah itu adalah kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
“Permukaan dapur mudah menjadi pusat penyebaran bakteria apabila kain lap yang digunakan bagi membersihkan permukaan dapur tercemar dengan bakteria. Bakteria seperti E Coli dan Salmonella, kemudian menjadi punca masalah gastro usus seperti cirit birit yang serius, selain masalah cacing,” katanya. Kesan pencemaran E Coli E coli mudah ditemui di mana-mana. Tanpa penjagaan kebersihan yang betul, E coli selain Salmonella boleh menjadi punca masalah. Bagaimanapun, sistem badan membekalkan vitamin K menjadikan kebanyakan orang boleh mengatasi serangan E coli. Bagaimanapun, sesetengah jenis (strain) E coli seperti jenis 0157 boleh mendatangkan masalah. Kanak-kanak dan golongan berusia selalunya bermasalah dengan 0157 jenis ini. Biasanya ia boleh ditemui dalam usus (sama ada manusia atau haiwan) dan boleh berjangkit jika seseorang itu memakan atau minum minuman yang tercemar.
Bakteria boleh melata dan terbahagi setiap 20 minit. Satu sel bakteria boleh menjadi 8 juta sel dalam tempoh kurang 24 jam.
Punca penyebaran
1) Makanan yang tercemar - biasanya dikaitkan dengan daging (lembu, ayam atau ikan) yang tidak dimasak dengan sempurna atau disediakan secara mentah tanpa dibasuh dengan sempurna. Ia boleh juga disebabkan sayur sayuran dan buah buahan yang tidak dibersihkan dengan betul. Memakan ulam atau salad yang tidak bersih juga antara punca utama jangkitan E coli. E coli juga boleh merebak dari satu permukaan ke permukaan yang lain melalui kain lap atau peralatan menyedia makanan yang tidak dibasuh dengan baik sebelum dan selepas digunakan. Makanan kering juga tidak terkecuali daripada jangkitan E coli.
2) Minuman yang tercemar - misalnya air daripada punca yang tercemar seperti sungai, tasik atau mungkin juga air takungan. Kadang kala air bersih tercemar kerana bekas takungan yang dicemar.
3) Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain - mudah tersebar terutama daripada kanak-kanak yang dijangkiti kepada golongan dewasa. Apatah lagi jika kanak-kanak tidak diajar membersihkan tangan dengan betul.
4) Pakaian yang kotor juga punca E coli. Secara purata sebuah mesin basuh boleh mengandungi 100 juta E coli untuk satu masa. Mikrob ini boleh berpindah daripada pakaian yang dicemari kepada pakaian yang tidak dicemari dalam mesin basuh. Selalunya hanya sebahagian daripada mikrob ini tersingkir ketika dibilas.
Anda seharusnya membasuh tangan setiap kali selepas membasuh pakaian.
Simptom
1) cirit birit dengan kadang kala disertai darah
2) Sakit perut (kejang perut)
3) Demam (kadang kala)
4) Ada juga yang muntah atau sakit kepala
Cara menjaga kebersihan
Basuh tangan sebelum menyediakan makanan, minuman, memakai atau menanggalkan kanta lekap, selepas menyalin lampin bayi dan membasuh pakaian.
Basuh tangan selepas keluar daripada bilik air, membuang hingus, bermain dengan binatang peliharaan atau membuang sampah.
Basuh tangan dan gunakan sabun cecair bukan sabun buku (ketul) yang lebih mudah dicemari bakteria.
3 comments:
seramnye dengar.. kain buruk mmg saya tiap kali lepas pakai lap.. basuh dengan sabuh gosok habis2an sebb sy mmg tak suka kain buruk kotor. by the way thanks for the article. really opened my eyes a lot!
fairuz
saya pon tak suka tgk kain buruk tu kotor..sbb kaler putih cepat kotor mmg selalu cuci..tapi article ni mmg berguna utk kita jadi panduan :)
ho ye ker...nama virus e-coli..ingat dr coli tadik...mmg prnting kena basuh tangan bersih2...td kat opis pong ade xplen pasal ni
Post a Comment