MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, May 31, 2009

Puding Karamel & air susu longan






31/5/2005


Setelah beberapa hari tertangguh nak buat puding karamel...sebelum ni ternampak kat rumah kak zai...akhirnya buat gak puding karamel ni...kali guna resepi dalam blog kak zai...mmg lawa tekstur dia tak da nampak lubang-lubang sangat..saya ada periuk kukus saiz kecil je so tak muat nak masuk loyang 8 inchi tu..so pakai loyang bentuk macam tayar tu heheheh nasib lah menjadi...pastu cuba buat air susu longan di blog kawan sekerja dulu lost contact baru kelmarin follow blog dia..rupanya kawan saya rupanya..patutlah nama macam familiar je - noreen_uk - skrg dia kat UK... thanks ya share resepi sedap sunnguh air susu longan tu budak kemain suka sekejap je habis di tambah pulak dengan cuaca panas sekarang ni

RESEPI Puding Karamel Feqah
copy paste dari blog kak zai - Terima kasih


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir1 cawan air panas

Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.


RESEPI Air susu longan
copy paste dari blog noreen_uk - Terima kasih

Bahan-bahan (1 orang):
60ml air longan
5 biji isi longan
30ml susu segar
beberapa ketul ais
cara:
1. masukkan jus longan dan isi longan ke dalam gelas
2. tuangkan susu segar
3. kacau sehingga sebati
4. masukkan ketulan ais dan bolehlah diminum
source: majalah saji
Menu hari ini

Breakfast
Roti canai + sardin
Tengahari
Nasi Putih
Sup sayur
Petang
Dessert
Puding Karamel
Air susu longan


Saturday, May 30, 2009

TGI FRiDAY's



30/5/2009

Sabtu tengahari tu cadang mula-mula nak try Thai Wok Restaurant dekat area rumah ini...dah sampai dia tutup pulak..buka balik jam 5 pulak alahai perut dah lapar ini...bisness hours dia 10 pagi - 2 ptg...masa asben masuk restaurant ni tempat ni tak da besar sangat tak sesuai untuk family makan sini...mostly dia hantar foods delivery je..so kedai kecil saiznya...so malas nak fikir lagi cari tempat lain untuk makan....jomlah try kat TGI Friday kat dalam Mall of Emirates (MOE)

. Yang bestnya TGI ni dekat dengan ski dubai..so minta waiters nak duduk menghadap tingkap sambil2 makan boleh tengok orang main ski melalui cermin tu..(nampak tak gambar budak ini tengah coluring tu kat belakang tu nampak putih-putih itulah ski dubai tempat ski dalam cermin)

Sampai-sampai je kat dalam TGI tu...budak-budak dapat kertas + krayon apa lagi kusyuklah buat colouring...so menu yang kitaorg order crispy green bean (tak terfikir pulak kacang buncis boleh buat macam jejari crispy mamcam tu bila makan rangup2 dalam ada kacang buncis hijau) ada idea nak masak gitu kat rumah nanti hehehe, mushroom soup, tens strip steak & shrimp, keywest seafood combo + seafood soup , strawbery slush dan air mineral, harga kat restaurant ni boleh tahan gak mahal bila time dapat bil takpelah sekali sekala makan steak kat luar hehehhe



Friday, May 29, 2009

Safa Park, roti kentang lg



29/5/2009


Hari Jumaat dan Sabtu merupakan cuti umum bagi yang tinggal di Dubai, UAE...so setiap Jumaat merupakan aktiviti riadah kaum keluarga jika ada kelapangan...di tambah pula minggu ini bersempena minggu sukaneka Trination UAE ada perlawanan bola sepak di antara pasukan Malaysia di UAE vs Singapore and Indonesia..dan juga captain ball bagi kaum ibu. Next week adalah hari penentunya siapa yang akan bergelar juara..


First time sampai Safa Park ni, memusing-musing jadi Gate1 dah nampak Gate1 tu tapi tak boleh nak U-turn back...terus ke depan jauh lak tu..pusing-pusing balik...parking jugak kat Gate2 tapi jenuhlah berjalan jauh di tengah-tengah panas terik walaupon pukul 10 pagi tapi terik dan bahang itu yang tak tahan uishhhh

Dah sampai masing-masing baru selesai tamat latihan...emm dah sampai lewat di sebabkan tak tau jalan hehehhe takpelah next week datang awal hehehe.

Suasana meriah dengan adanya jualan nasi ayam, karipap, mee tomyam oleh Mr H, nasi dagang, cendol by Eiyda Nik...dan last person sayalah yang keluarkan roti homemadeku buat malam tadi..hehehhehe buat sket je...tak sangka habis licin heheheh sapa-sapa yang melepas tu next weeklah buat tempahan awal....ada yang request bun sardin..alahai hari ni tak da bun sardin..cuma ada potatoes bun je..Insyallah kalau ada permintaan saya boleh buat :) next week

Gambar-gambar acara sessi latihan yang lain tak sempat nak tangkap al maklumlah datang dah lewat...ni jelah gambar-gambar sempat di tangkap...

First time jumpa ummi tini - fairuz...selalu chat kat blog jer..hari ni jumpa face to face...ada geng baru...kebetulan anaknya tini akan masuk sekolah yang sama next semester....dalam gambar ini baby falisha tido kat dlm stroller tak nampak pulak hehehe

Hari ni jugak sempat jumpa member-member yang lain seperti kak Intan, Shiela, Rozana, kak Shidah, Riri, Tengku, Pn Sarah, Aida dan Kak Zaida yang menunggu hari nak bersalin...Selamat bersalin dan berpantang ya in advance

Hari ni tak dapur tak berasap...makan nasi ayam, nasi dagang dan cendol beli kat Safa Park tadi.


Thursday, May 28, 2009

Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice





28/5/2009




Pagi ni brekfast roti kentang buat malam tadi...tengahari ni buat nasi tomato sebab dah lama tak buat....dah banyak resepi dah cuba rasanya resepi my mom jugak yang sedap heheheh...di tambah dengan ayam masak madu, acar timun serta papadom..memanglah berselera nak makan....selalunya saya buat acar timun mentah...kali ini saya tukar selera pulak mencuba acar timun di blog ct...ada kelainan sketlah memang sedap..


Keropok tu pemberian kawan dari Terengganu....so just goreng ajelah..kat sini memang tak da keropok sedap mcm kat msia...so sekejap je dah abis budak-budak makan untu kudapan petang

RESEPI Nasi Tomato a.k.a Tomato Rice

resepi by my mom


· 1 cupak beras ( 4 kepul beras)
· 1/2 tin susu cair carnation
· 1/2 tin tomato soup heinz
· 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 5 ulas bawang putih - ditumbuk halus dan utk ditumis
· 1 inci halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih - utk ditumis
· air sejuk 1 cupak (kalau beras 5 kepul air)
· 2 helai daun pandan
· 1/2 senduk minyak sapi (senduk besar)
· garam secukup rasa


Cara memasak :-

1. Panaskan minyak sapi tumiskan dgn bawang yg ditumbuk halus berserta dgn buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih..tumis sehingga garing.

2. Masukkan air sejuk, susu cair dan tomato soup, daun pandan serta garam.

3. Bila mendidih masukkan beras dikacau rata-rata kemudian tutup periuk apabila kering airnya dan masak.

4. Bila handak digembur baru letak kismis



Acar Timun

Resepi ct


Cara dia senang jer


1. Potong jer timun, karot, nenas (saya tak makan nenas) & bawang besar.

2. Pastu ambik segenggam udang, hirisan bawang merah & bwang putih, goreng dalam minyak sampai nampak kekuningan. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Dalam bekas, campurkan udang & sayur, pastu letakkan sos cili secukupnya (kalau suka leh letak cuka sikit).

3. Perasakan dengan garam & gula.

4. Gaul rata. Siap.



Wednesday, May 27, 2009

Roti Kentang a.k.a Potatoes Bun


Projek malam tadi....setelah teruja tengok blogger lain buat roti..so virus roti berjangkit pula di Dubai...di tambah pulak semalam ternampak roti kentang rumah kak inahar dan ros tokyo tempoh hari...tiba giliran saya pulak mencubanya...wah best sungguh lembut, gebu, sedap...tak rugi mencuba....lepas ni memang saya tak beli roti dah kat luar buat sendiri je sedap, bersih, halal dan terjamin

ros - terima kasih sudi share resepi ni.
Topping custard saya ni comot sket sbb saya terlupa nak beli stok beg piping....guna plastik clear tu je so dia tak berapa nak menjadi topping atas roti.


RESEPI ROTI KENTANG a.k.a Potatoes Bun

Resepi Asal - Ros Ongiri


Bahan untuk Roti
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung1 biji telur (dipukul sedikit)
120ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selaluklu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya.( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun.

Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
Ok dah siap Selamat Mencuba...



Tuesday, May 26, 2009

Nasi Lemak & sambal paru & telur







Semalam tinjau-tinjau blog nekPP ternampak nasi lemaknya...macam tahu-tahu je memang dah lama tak buat nasi lemak...memandangkan stok ikan bilis import Msia ada lagi bolehlah buat nasi lemak...emmm tengok dalam peti sejuk ada lagi balance paru beli hari tu...so buatlah sambal paru dan sambal tumis telur....sambal paru tu goreng ter rentung sket itu nampak hitam je hehehe takpelah janji boleh makan hehehhehe




Resepi Nasi Lemak

copy paste dari blog kak hanieliza - terima kasih


Bahan2

1 kg beras AAA [basuh n toskan]


1 liter santan [5 cawan santan]


3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]


3 keping hirisan halia3 ulas bwg merah [mayangkan]


garam secukupnyasedikit gula jika suka



Cara


1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.


2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.


3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Bahan


250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala] - saya tukar kepada telur rebus


1 senduk cili kering mesin ]


3 labu bawang besar ] dimesin halussket belacan ]


1 cawan air asam jawa


2 labu bawang besar..mayang kasar


garam, gula, minyak untuk tumis



Cara


1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.

3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.

4. Bila dah naik minyak baru angkat.



Nasi Goreng Kampung express


26/5/2009

Semalam ada lebihan nasi putih tu..so pagi ni buat nasi goreng kampung express je..guna perencah nasi goreng ADABI tu.

Pagi sampai tenghari ni makan nasi goreng kampung je


RESEPI Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan
3-4 cawan nasi putih
2-3 sudu minyak masak
perencah nasi goreng ADABI
beberapa cili padi di tumbuk
sedikit ikan bilis

garam secukup rasa
Hiasan
hirisan timun
bawan goreng
telur mata kerbau


1. Masukkan beberapa sudu minyak masak, masukkan sepeket perencah nasi goreng ADABI.
2. Masukkan ikan bilis..
3. Masukkan nasi putih..kacau sebati
4. Masukkan cili padi
5. Masukkan garam gaul sebati.
6. Angkat dan ketepikan.
7. Goreng telur mata kerbau..
8. Makan nasi bersama-sama telur mata kerbau, hirisan timun, tabur bawang atas nasi.



Monday, May 25, 2009

Macaroni & Cheese


Hari ini buat breakfast sampai ke tengahari ini makan macaroni & cheese aje...kenyang Alhamdulillah.. menu untuk malam nasi putih + daging blackpepper semalam aje


RESEPI Macaroni & Cheese


Resepi Asal Mrsdayat - myresepi

saya copy paste dari blog kak moi - terima kasih share resepi





Bahan-bahan ( 2 org ) : (saya buat untuk 4 org - doublekan sukatan)


Setengah biji bawang besar (potong dadu)
2 biji bwg putih (tumbuk)
2 tbsp tomato puree (saya letak tomato sauce)
2 tbsp cili boh
sedikit daging cincang - tukar dengan sardin dalam tin
2 tbsp susu segar
3 genggam macaroni
2 keping keju cheddar (parut) - tukar dengan slides cheese
sedikit olive oil utk menumis
sedikit garam


Cara-cara:



1. Masakkan macaroni ikut belakang pek dan toskan.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili boh.

3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (agar tidak hangit) dan tambahkan tomato puree.

4. Masukkan pula daging cincang (saya masukkan satu tin kecil sardin) dan masak sampai daging tu masak.

5. Kemudian masukkan macaroni dan tambahkan susu segar.

6. Bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese dan gaulkan hingga keju cair.

7. Tambah garam, sesuaikan rasa dan boleh dihidang.



Sunday, May 24, 2009

Steam Banana Cake

Projek hari ini...exceli malas nak buat apa-apa yang special tapi petang tadi dok terpandang kat dapur ada pisang 4 biji yang tak laku dah nak hitam-hitam tak da sapa nak nak makan....pusing-pusing blog kak ain ternampak resepi kek pisang kukus ni..so trylah tadi..mmg gebu cantik naik..sedap dan lembut...Terima kasih sudi kongsi resepi..selalu saya buat kek pisang bakar...1st buat kek pisang kukus ni.
So saya buat 2 adunan memandangkan ada pisang 4 biji...dapatlah 10 biji acuan tin kecil dan so ada lebihan adunan kek tu letak satu dalam acuan kek yang besar sedikit (mcm bentuk tayar kereta tu) hehehehhe


RESEPI STEAM BANANA CAKE
Resepi Asal Noreen UK
saya copy paste dari blog k.ain - terima kasih



Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases)
2 biji telur100gm gula pasir
2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
150gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum je)
1 sudu teh baking powder (saya tambah baking powder sbb saya tak letak tepung naik sendiri)
1/8 camt soda bikarbonat
75gm minyak - perasa ikut suka eg. vegetable, canola, olive
(saya tak tau nak agak byk mana 75gm minyak tapi saya buat 75ml minyak)

CARA-CARA :-

1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat


MENU HARI INI

Nasi Putih
Daging Blackpepper
Sayur kacang buncis + carrot + pecah telur




Saturday, May 23, 2009

Karipap


23/5/2009



Projek buat karipap dah lama tertangguh sebab malas nak uli tepung dan pulak tu saya ni tak pandai kelim karipap...(solution beli acuan karipap senang tak yah pening2 kepala). Hari ni terajin nak uli karipap sebab ada lebihan inti sardin masa buat food bazaar hari tu saje buat banyak frozenkan intinya. Resepi karipap ni my mother punye resepi...before this pernah buat karipap pusing masa kat Korea dulu tapi skrg malas nak pusing-pusing hehehe so buatlah karipap biasa je...satu adunan dapat lebih kurang 40 biji saiz sederhana..dah siap simpan frozen senang pagi-pagi just goreng je :)


Sambil buat karipap tu...buat bun sardin gak...tunggu BM menguli doh bun sardin tu..so sempatlah siap karipap ni



RESEPI KARIPAP (resepi my mom)


600gm tepung gandum


1 cawan minyak masak


1 sudu teh garam


1 sudu teh baking powder


1 cawan air sejuk (air dalam fridge)






CARA-CARANYA


1. Baking powder, garam campurkan dalam tepung


2. Masukkan minyak dalam tepung gaulkan sebati


3. Masukkan air sejuk..gaulkan sebati


* kalau doh tu lembik tambah sedikit je tepung


4. Uli dan canaikan macam biasa...bulat bulat2 letak inti kelimkan tepinya.


5. Dah siap semua boleh goreng..kalau buat lebih frozenkan.


*TIPS - untuk dapatkan gorengan karipap yang elok..semasa mengoreng gunakkan api yang sederhana sahaja..kalau guna api yang kuat karipap akan jadi gelembung-gelumbung mengerutu macam jerawat batu heheheh jgn mare

BUN Sardin kali ni malas nak buat macam jari jemari tu...so buat bun bulat-bulat je..





Menu hari ini


Nasi putih

Tofu Mapo

Budak-budak makan spaghetti semalam ada balance sket


RESEPI TOFU MAPO



Masa dok kat Korea dulu pernah makan Tofu Mapo ni....kali ini saya buat kurang pedas sebab anak-anak nak makan jugak..




Tofu/Tauhu di goreng terlebih dahulu (di potong dadu - tidak terlalu garing)

mix vege (saya letak banyak kalau nak letak sket je pon tak pe atau takkan letak pon tak pe)

Ko chu jang (cili paste korea) - Gantikan dengan cili boh ikut kepedasan masing-masing

Kan jang (kicap korea) - Gantikan dengan kicap manis cap kipas

Oyster sauce

Tomato sauce

beberapa ulas bawang putih (di blend)

beberapa ulas bawang merah (di blend)

sedikit tepung jagung

garam secukupnya

sedikit bijan



CARA-CARANYA


1. Goreng tauhu terlebih dahulu (tidak terlalu garing) angkat dan sejukkan.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah.

3. Dah naik bau masukkan cili, kicap, oyster sauce, tomato, garam gaul sebati.

3. Masukkan mix vege gaul sebati.

4. Masukkan tauhu tadi.

5. Masukkan tepung jagung kacau sebati.

6. Taburkan bijan

7. Angkat dan hidangkan.

8. Makan bersama nasi semasa panas-panas






Friday, May 22, 2009

Spaghetti Bolognise ala2 italian

photo taken from dannenman uk - thanks for the tips and recipe


Kuah Spagetti ni boleh buat lasagne jugak...
boleh buat dalam kuantiti yang banyak lepas tu frozen kan..
Resepi Spaghetti Bolognise ala2 Italian
thanks - dannenman uk

Ingredients for the sauce (serves six)

500g beef mince
650g onions
4 - 400g tins of chopped tomatoes
200g tomato concentrate
8 tablespoons olive oil
1 teaspoon salt (as people started moaning about the amount of salt used - do me a favour, add up the weight of all ingredients to the sauce and then calculate the salt content per 150g serving ... and then STFU, thanks)
1 teaspoon pepper
2 tablespoons oregano
two cloves of garlic
1 tablespoon honey (saya tak letak)
1 teaspoon paprika
(saya letak rempah kari 1-2 sudu besar - ikut kepedasan masing2)
1 teaspoon hot chili
(saya tambah 1 tin cendawan - dipotong/dihiris)



Ingredients for the spaghetti (serves six)


1 kg spaghetti (decent stuff such as Barilla, De Cecco, etc.)
7 liters water
two tablespoons olive oil
one teaspoon salt
two tablespoons butter
freshly chopped basil (saya tak letak)
freshly grated Reggiano parmesan cheese (saya tak letak)


Preparation
1. Chop the onions - not too finely. Press the garlic. Pour olive oil into a large saucepan, add the onions and fry them in the olive oil until they change colour. Now crumble the mince into the onions and fry it until it is completely done (no red bits left). Continue frying the mince and the onions while styrring to let some of the water that has accumulated evaporate.

2. Now add the tomatoes, the tomato concentrate, the honey and the spices. Let the whole lot simmer for an hour with no lid on the saucepan - we want the sauce to reduce to get rid of some of the water - that will make it tastier.


Preparing pasta
1. Allow roughly 200g of pasta per head (for the very hungry) - a normal portion is around 150g. Boil a lot of water (1 liter per 100g), add some olive oil and salt.

2. When the water is boiling, add the pasta. I normally use a timer to keep track of the cooking time (check the pasta package) - tends to be 10 - 12 minutes for spaghetti. Check at the lower end of the cooking time to see if they are "al dente".

3. Now put out the whole lot into a colander which you have placed in your sink. Turn on the cold water and rinse the spaghetti under the water (while they are still in the colander).

4. Put the saucepan back onto your hob and add 2 tablespoons of butter. Melt the butter. Put the pasta back into the saucepan and heat it up while turning it until it's hot. The pasta will taste great, not stick together and be just right!



Blogger Award Friendship from ct


1-copy babge ''2009 cute's blogger award''untuk letakkan diblog anda.

2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?

Dapat award ni dari ct yang ada nice and cute blog...kenal & join kelab mama kmc dan pernah berjumpa di Gathering Raya Mama Club tahun lepas 2008 di Malaysia..ct seorang yang lembut mempunyai dua orang anak yang comel dan geram tengok rambut anak-anaknya yang ikal mayang tu :) - thanks ya ct sudi bagi award ni

3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

- saya seorang yang pendiam tak banyak cakap..orang mesti ingat saya sombong kalau tak berapa kenal..tapi bila dah kenal saya ni peramah jugak orangnya heheheh
- saya suka window shopping, melancong tempat-tempat yang menarik
- saya cuba mencuba sesuatu yang baru sehingga dapat..
- hobi saya telah bertukar sejak tinggal di perantauan - memasak, blogging, photography

4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan padamereka diblog anda....

'The blogger Award Friendship goes to':

1. Yanti Comel
2. U-jin
3. nekPP
4. fairus
5. kak moi
6. fizan
dan sesiapa saje yang tiada dalam list ni :)


Mexican Bun a.k.a Roti Boy





21/05/2009


Mexican Bun a.k.a Roti Boy

Projek rotiku tergendala sebab budak-budak tak tido lagi petang ni...so lepas makan malam baru nak bermula menguli tepung..nasib lah ada BM...so save sket masa menguli tu

1st buat roti ini menjadi suka hati...terima kasih kak Ina Inahar sebab sudi share resepi..Roti ni tak berapa nak hitam sangat sbb letak sket je cofee anak-anak tak berapa suka cofee..pastu saya tabur atas topping roti ni dengan coklat rice..


so bagi minat budak-budak nak makan
Time nak masak roti ni budak2 sanggup tak tido lagi tu..dah dekat pukul 11 lebih semata-mata nak makan roti mama buat


so inilah gambar model2
bila tanya sedap tak? diaorg tunjuk tanda best
kat Dubai ni rasanya tak da lagi cawangan roti boy...
lepas ni bolehlah buka satu cawangan kat sini :)



Resepi Mexican Bun a.k.a Roti Boy

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling

-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar


Topping

-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi

(boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee
dengan 1 sudu besar air panas) *saya letak sket je
-200 gm tepung gandum

Doh Roti

-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil
bread improver+ 2 sudu kecil bread softener (optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar

(Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar)
-60 gm mentega




Cara-cara

1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.

3. Doh Roti
(saya guna BM so campak semua bahan-bahan dalam BM..SELECT no 9 press start tunggu sejam 20 minit - keluarkan uli adunan mcm biasa)

-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener (jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
-Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau s ehingga bun keperangan.



Menu Hari Ini

Nasi Putih
Ikan Kembong Bakar
Air Asam
Timun + hirisan bawang