Hari ini Jumaat cuti umum kat Dubai ini...tekak ni nak merasa makan Nasi Dagang lah pulak hehehhe sebenarnya dah beberapa hari lepas nampak Nasi Dagang kat blog Ijan....ada jugak nampak kat blog eiyda hehehhehe...walaupon saya ni bukan orang Terengganu...nak jugak merasa pengalaman buat nasi dagang ini walaupon bahan-bahan tak mencukupi....tambahan pula ada 1kg beras pulut yang mak bagi daripada terbiar kat dalam stor tu lama-lama naik kutu beras, rempah kari Ros (dari Terengganu dulu ada kawan bagi kat saya) dan ada pulak ikan tenggiri kat dalam peti sejuk tu...sesuai sangatlah.
emmm acar timun saya tu saya tak letak carrot sebab tak da dalam peti sejuk heheheh
RESEPI Nasi Dagang Perantau
copy paste dari blog Ijan - Terima Kasih
Bahan-Bahan
1 kg beras nasi dagang (kite guna 1/2 cwn pulut + 1 cwn basmati)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)-(kite guna 1 cwn santan+1 1/4 cwn air)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris(kite tak letak)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)-(kite guna 1 cwn santan+1 1/4 cwn air)
1 sudu garam
sejemput halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris(kite tak letak)
1. Bersihkan beras. Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker.
2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam
3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak
4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan.
RESEPI Gulai Ikan Nasi Dagang
Bahan-Bahan
9 ekor ikan kembung/tongkol yang telah direbus semalam (saya guna ikan tenggiri)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje)
2 biji cili merah dibelah dua
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka (saya tak letak)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
Kite tambah rempah gulai ikan Baba’s & serbuk ketumbar cikit (saya letak rempah Ros dari Terengganu so kuah nampak kaler kuning tidak kemerah-merahan)
Bahan kisar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering (saya letak 10 biji cili kering je)
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan (saya tak letak)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering (saya letak 10 biji cili kering je)
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan (saya tak letak)
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam periuk. Panaskan dan dikacau selalu. Tambahkan serbuk ketumbar dan rempah kari ikan (jika guna).
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
4. Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
5. Masukkan tomato,usik2 kejap kuah dan angkat.
5 comments:
rajinnyaaaa!!!!
Wah.. Kak Fida pun dah buat nasik dagang ek... sedapnye...gulai ikan tenggiri tu pun nampak bestnye... nak tumpang makan boleh? heheh
kak ain
layan je nak makan punye pasal kena buat heehhehe
ijan
itulah terliur tgk nasi dagang ijan buat hari tu hehehe...sila jemput makan
wahh pandai dah fida buat nasi dagang..nampak sedapp la..
owhhh nasi dagang...
sedap nyer... nk buat sndri malas sbb
kt area umah yani ada mak cik terengganu jual nasi ni..
ehehehhe.. (*alasann org pemalas =p)
Post a Comment