MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, July 25, 2009

Majlis Sambutan Keputeraan Agong di Dubai









Majlis Keputeraan Agong di Dubai
Tarikh : 24/7/2009
Masa : 4-6 petang
Tempat : Foyer MATRADE, Dubai


Majlis Keputeraan Agong di Dubai dibuat agak lambat sedikit walaupon hari sebenarnya jatuh pada 6/6/2009...walaupon bagaimanapon sambutan kali ini tak begitu ramai disebabkan ramai yang pulang bercuti kebetulan summer school holiday telah pon bermula sejak akhir bulan Jun - akhir bulan Ogos namun ia tetap meriah dengan kehadiran Duta Besar Abu Dhabi Dato Yahya serta isteri beliau Datin Saerah serta Tuan Syed Hazrin Consulate General serta isteri beliau Puan Sarah serta kakitangan dari Consulate General serta agensi-agensi yang lain serta rakyat Malaysia yang tinggal di Dubai



Majlis di mulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis serta ucapan dari Tuan Syed Hazrin diikuti dengan nyanyian beramai-ramai lagu kebangsaan Malaysia..Negaraku...selepas itu acara makan-makan pon bermula....sambil makan-makan ada kuiz berbalas pantun menggunakan sms serta cabutan bertuah mengiri gula-gula dalam balang yang pemenangnya akan mememenangi hadiah tiket penerbangan pergi balik (DXB - KUL) disediakan oleh MAS

Kali ini menu telah di sediakan oleh pihak perwakilan di Dubai yang bergotong-royong membahagiakan tugas masing-masing...tugasan itu dilakukan di dapur masing-masing...saya telah ditugaskan untuk memasak nasi lemak (nasi sahaja dan agar-agar2) untuk seramai 300 orang tetamu...kawan saya turut memasak nasi jugak kira bahagia dua lah sorang masak untuk 150 orang nasi lemak... lauk pauk untuk nasi lemak orang lain yang buat, di antara menu disediakan nasi lemak, ayam berempah, bihun sup, murtabak, agar-agar, buah-buahan.

Nasib baiklah saya ada periuk besar untuk memasak nasi...gabra jugaklah nak masak nasi itu untuk sukatan yang banyak mengigil jugak ler tangan hehehehhe.....Alhamdulillah persiapan buat nasi ini serta agar-agar berjalan dengan lancar...satu pengalaman yang cukup berharga walaupon penat hehehhe


Sempat jugak bergambar dengan kekawan blogger shiela - mother of two, kak moi - qistina kak syida, kak intan, hanis, abby serta kekawan yang lain

1 comment:

geraugebang said...

Seronoknya ada jamuan. Wah, dapatlah tunjuk bakat buat nasi lemak ya. Nanti boleh jual.