MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, July 8, 2009

Menu semalam dan kelmarin


Menu semalam 7/7/2009



RESEPI ASSAM PEDAS TUMIS (MELAKA)

copy paste dari NekPP - Terima Kasih


Bahan-bahan:


ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau) suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang

(saya guna ikan merah je)
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblender (dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik (kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa


Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. kemudian masukkan bwg merah ..tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.


2. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.

3. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi kacau.


4. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kacau sebati masukkan kerisik.


5. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.


6. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.


7. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.

8. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit (usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

Tips :
· Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar.
· Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...



Menu 6/7/2009

kelmarin just order pizza delivery je...ada coupon buy 1 free 1...so order pizza Large Pan Pizza ambil chicken hot spicy pizza dan seafood island pizza untuk budak-budak ni... makan pizza dari lunch sampai dinner...


5 comments:

ain said...

nekpp nyer asam pedas mmg sedap tau!!

blogresipi said...

Asam pedas melaka pakai kerisik ye kak.. tak pernah rasa lagi neh. Nampak best jer..

FiDa@aMiDa said...

kak ain, ijan

mmg sedap try jgn tak try hehehhe

nekPP said...

tersedak2 nekpp oiiits..

FiDa@aMiDa said...

kak nekPP...thanks sharing resepi LUV U hehehhe