MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, July 12, 2009

Ikan Bakar Portugis


12/7/2009

Selalu saya masak ikan bakar cecah dengan air asam...tapi hari ni nak ubah selera pulak..try buat ikan bakar portugis...rata-rata kekawan blogger banyak dah try dah ni...1st time saya mencubanya...memang berbaloi lah tak rugi mencuba resepi ni...kaw kaw punye sedap hehehehe tak caya buatlah sendiri hehehhe...cuma saya tak beli daun pisang guna aluminium foil je..kalau letak kat tengah aluminium tu daun pisang pastu balut balut sure lagi sedap aroma daun pisang ni kan..


RESEPI Ikan Bakar Portugis
copy paste blog Noreen UK - Terima Kasih


Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang (saya tak letak)
aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras (saya tak letak)
1 batang serai
2cm lengkuas (saya tak letak)
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis


cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak
3. tumis bahan2 kisar sehingga wangi
4. masukkan sos cili thai dan kacau rata
5. bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
6. angkat
7. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
8. sudukan sedikit kuah
9. letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
10. taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
11. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
12. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin


5 comments:

blogresipi said...

Wah nampaknye akak pun dah memportugiskan ikan dubai neh... kite nak buat takde ikan sesoai la Kak... jrg2 jer ikan menarik yg muncul. takkan nak pakai solmon plak..heheh

eiyda said...

fida..sedapnyer ikan bakar portugis tu..terliur da ni..eiyda skrg ni masak simple2 jer sbb da rasa malas mood nak balik bercuti lebih tinggi..hehe tp nak try buat jgk la resepi ni..nampak sedap dan kaw betul tu..;)

yanticomel said...

wahh..meleleh kta tgk..
nak cube la...
slurp...slurrrpp..nyum2
errr..ape2 ikan buleh ke kak?
bawal? siakap? buleh ke?

FiDa@aMiDa said...

ijan
ikan apa2 pon tak kisah kot jgn iklan solmon udahlah hehehhehe


eiyda
heheh nanti bebila boleh try..eiyda balik bila tu?

yanti
ikan apa2 pon boleh rasanya..trylah buat

Iryani Noor said...

wahh mcm bestt jer..
mcm ikan bakar kt Jalan Bellamy...
nyumm nyumm..
nnt nk try la resepi nih =p..
tq for sharing kak..