MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, July 23, 2009

Kimpap Korea





RESEPI KIMPAP - KOREAN DISH by amida


Kimpap ni ala-ala sushi gak lah..

Nak share masakan korea untuk yang berminat nak taulah....
masa tinggal kat Korea dulu selalu buat budak-budak pon suka

Kimpap - (kim=seaweed, bap=cooked rice) Kimpap makanan snak yg paling popular, mudah dan senang dimakan di Korea. Selalunya dibawa semasa berkelah. Basic kimpap hanya mengandungi seaweed dan nasi. Tapi utk nampak lebih kreatif dan berwarna-warni boleh dimasukkan dengan lobak merah, telur, daging/ikan tuna/fishcake/crabstick, radish, pickled, timun


Kombinasi warna dlm kimpap...Hitam (seaweed), Putih (nasi), Merah (lobak merah), Hijau (spinach, timun), Coklat (daging/tuna), kuning (pickled radish, telur)


Bahan-bahan
Daun sesame seaweed (empat segi)
kalau beli dekat kedai Korean...cakap "kimbap yong kim" tikar buluh utk mengulung
sesame oil kicap korea (kalau takda gantikan garam biasa)
sardin tuna mayonis Timun - potong memanjang Radish - potong memanjang Lobak merah - potong memanjang (tak perlu rebus ya gunakan yg mentah) nanti rasa ranggup
telur - digoreng dululah
1 1/2 pot beras korea/atau beras jepun pun boleh (beras bila dimasak akan melekat/sticky)
*tidak boleh guna basmati atau beras malaysia



CARANYA
1. Masak nasi menggunakan rice cooker
2. Apabila nasi sudah masak, ambil sedikit kacau dgn garam, sesame oil (gaulkan sewaktu nasi tengah panas)
3. Letak tikar kecil utk menggulung kimpap di bawah, kemudian letak seaweed diatasnya.
4. Letak nasi tadi atas seaweed, leperkan nasi tersebut jgn terlalu byk sedikit jer, pastu atasnya daun sesame (kalau tak da pun takpa), letak sedikit mayonis, susun timun, lobak merah, daging/ikan tuna, radish secara memanjang/melintang
5 Gulung seperti gulung lemang mengunakkan tikar khasnya utk menggulung kimpap (ikut seperti dlm gambar)
6. Potong dan hidangkan

*utk yg baru mencuba kekadang tu utk gulung kimpap akan menjadi messy sketlah tapi lama2 buat tu okay
* Dalam gambar tak letak mayonis...(gambar asal sumbangan dari cikgu korea) tapi amida suka letak mayonis so nanti dia lebih melekat dan sekata


10 comments:

blogresipi said...

Tengok sushi neh teringat ingat sushi king pulak... lama gak tak makan nie.. sedapnye nampak sushi akak.

ain said...

rajinnya dia buat sushi. anak akak yg tua je yg mkn ushi. yg lain2...tengok aje.hihi

ima said...

alahai sushi...bila tengok rasa nak makan je...tapi tekak kak ima tak boleh nak telan lah...huhu

Fa'e said...

rajinnye fida, dressingnye tu yg mahal....dah mcm kat restoran hah....

aah kan, akak pon dah lama x makan sushi...

mother of two said...

wa.. fida.. kena try nie boleh:)

geraugebang said...

Ini pebert kak gerau.Kak gerau pernah gak buat sushi tapi kurang menjadi. Nasinya bersepai. Lagipun susah nak dapat seaweed yang besar kat Malaysia ni.

FiDa@aMiDa said...

ijan, shiela

try lah simple je bahan-bahan senang nak buat cuma nak gulung tu kadang2 lama tak buat dia tak gulungan jadi kejap/ketat sgt

ain,kak ima
itulah kadang2 ada yg tak boleh masuk tekak makan sushi ni heheh tapi ikut pada bahan2 dia..kalau ikan mentah tu mmg tak berapa suka tapi kalau guna bahan mcm telur tak muak sgt

kak fae
akak lagi terror kot kat jepun mcm2 jenis sushi bole buat :)

kakgerau
Kat Msia cuba cari kat carefour atau giant atau tesco seaweed saiz besar mesti ada

hana said...

oowhhh korea sebut kimpap er? haah la sama cam makizushi!

Nadiah Diary said...

kalau nasi tu tukar pakai pulut tak boleh ke?

FiDa@aMiDa said...

hana sorry baru perasan..aah makisushi lebih kurang :)
nadiah...x pernah try lagi pakai pulut try lah hehehe