MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, August 1, 2009

Ayam Goreng Berempah & Mee Bandung


Lama betul tak update blog ni...busy sketlah sebab nak balik Msia sekejap bercuti tak lama lagi...so asyik keje menyoping ajelah beli souvenior dan macam-macam aktiviti hujung minggu...so masak yang simple-simple ajelah dan kadang-kadang order KFC/Mc D aje dah shopping penat dan malas nak masak hehehhehe...Ini adalah menu beberapa hari yang lepas...lupa dah bila

RESEPI Ayam Goreng Berempah

copy paste blog kak ina KL - Terima Kasih

Bahan-bahannya
1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir) dan dipotong 12
1/2 sudu teh jintan putih*)
1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
1 sudu teh ketumbar* )
2 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3 batang serai*
· 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
garam secukupnya
serbuk kunyit secukupnya
1 sudu makan tepung jagung
2 tangkai daun kari
sedikit gula (pilihan)
Minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *

2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.

3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.

4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.

5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.

(nanti dah sejuk kurang sedap)


2 comments:

ain said...

ooooo...nak balik cuti2 upernya. sambut posa dan raya kat msia ke nanti..???

psst...sedapnya ayam rempah tu. fav anak2 akak.

blogresipi said...

Salam Kak Fida, bile nak balik Msia tue? lama ke cuti? best nye dpt pose kat sana nanti :)