MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, June 2, 2010

Homemade Pes Bawang & popiah goreng & kari Ikan kembong



RESEPI PES BAWANG - by Raidah

Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua1/2 liter minyak atau secukupnya


Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak
5. Simpan dalam fridge tahan selama 2 minggu


RESEPI POPIAH GORENG by Mat Gebu

Bahan-Bahan Inti

2 cawan taugeh
1 cawan sengkuang yang telah dipotong memanjang
1 batang lobak merah, potong halus memanjang
1 biji cili merah, buang biji dan hiris halus
1/2 cawan isi udang, cincang halus
1 biji bawang besar, cincang halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
kulit popia secukupnya (kurang lebih 18 - 20 keping)




Cara membuatnya :-


1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan isi udang, kacau rata.
2. Masukkan senkuang, lobak merah dan cili hiris, gaul rata dan tuang sedikit air jika perlu. Masukkan kicap cair dan taugeh, tambah secubit gula dan kacau hingga semua rata. Matikan api, angkat dan sejukkan.
3. Bentang sekeping kulit popia, letak 1 1/2 camca teh inti dan gulung kemas2, sapu sedikit bancuhan tepung gandum dihujung kulit popia sebagai gam. Buat hingga siap.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga popia kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili




RESEPI KARI IKAN TENGIRI
By hanilieza - Terima Kasih


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan] - guna ikan kembong
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi - x letak tak beli lupa
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4] - x letak tak beli lupa
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai


5 comments:

ijayuji said...

Salam kak mida! rajinnyer lah akak nak buat pes bwg byk2 tuu.. kalau kita mmg malas nak2 kena kopek bwg2 tu sume hihihi kalau akak dekat leh order jer :D

ZaiY said...

salam fida..
bagusla resepi pes bawang tu fida sbb dimasak terlebih dahulu, lebih selamat kan. akak pernah terbaca ttg bawang yg dikupas/diblend xboleh disimpan kerana beracun. guna carani mungkin boleh agaknya ye.dah lama xmakan popia goreng, nmpk rangup popia fida tu..

FiDa@aMiDa said...

salam ika..mudah keje tak yah nak kupas bawang tiap kali nak masak..sekali buat tahan 2 minggu hehehe

salam kak zaiY..aah betul kalau yg dikupas/diblend letak dlm frezer mmg beracun..ni masak Insyallah tak kot..popiah tu sengaja letak isi sket sbb budak2 ni tak suka makan sayur sgt itu nampak nipis dan ranggup

Norasikin dari Blog Masakan Barat said...

popia ni yg buatkan rasanya istimewa adalah sos cilinya. tapi tak ada pulak. Kalau saya buat popia, saya sumbat je apa2 yang rasa logik, sayur2 ke, udang, ketam, ayam, lagi banyak lagi sedap.

FiDa@aMiDa said...

norashikin mmg popiah makan dengan sos sedap hehehehe saya nak cepat guna sos cili thai je