MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, June 5, 2010

Kuih Apam Mekar


suka 1st time buat terus mekar hehehehe




RESEPI APAM MEKAR by Kak Hanieliza

Bahan-bahan : ( Boleh dapat dalam 50 biji papercup kecik )

250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya


Cara-cara :
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Thanks to Hanieliza.

4 comments:

b.O.n.d.a said...

thanks 4 the recipe kak..
da buat da buat minum ptg tadi =)

FiDa@aMiDa said...

bonda...oh ya ker bagus lah heheh

MEKAR said...

Kak, boleh kongsi tak akak guna pewarna utk kuih apam ni jenama apa ya?

FiDa@aMiDa said...

mekar pewarna beli kat kedai bakery tak jenama...cuba tgk kat kedai2 bakery mcm BAGUS, BAKE with YEN, LMC mesti ada pewarna tu