MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, June 5, 2010

Orange Sugee@Suji Cake/Semolina Cake

last piece for my self :)








Alhamdulillah dah selesai....kek ni di buat sempena Advanced Birthday Cake for Pn Sarah memandangkan hari ini Pn Sarah turut merasmikan Program Kempen Kesihatan yang di anjurkan oleh MY UAE.


1st time dengar nama kek ni..pernah berbual-bual satu ketika dulu dengan Pn Sarah.. kek kesukaanya....then dia bagitau kek suji...katanya guna byk telur...emmm 1s time buat kek suji/sugee/semolina cake...Alhamdulillah menjadi jugak..
mula-mula takut tak jadi jugak sebab tengok bahan-bahan banyaknya guna telur..sampai berbelas-belas.


KEK SUJI

Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)


Bahan-bahannya

400gm mentega ( chap tong/golden fern)
240gm tepung semolina/suji
2 sudu makan susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300gm gula kastor
160gm tepung naik sendiri ( diayak )
100gm badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.



Caranya

Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih. Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit. Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.



4 comments:

izahdaut said...

salam kak fida..uii memang banyak telur pakai..tapi kek banyak telur ni la yang sedap kan...

indahhouse said...

salam kak fida,
oh, banyak juga telurnya ya.. tapi mesti sedap dan moist kan?

yana said...

salam ziarah,..blogwalking
sedapnya semua tu..
bdw nice blog..

FiDa@aMiDa said...

salam izah, indahouse..betul tu telur byk lagi sedap kek dan bertambah moist hehehe
salam perkenalan jugak buat rozana..thanks for dropping :)