MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, June 9, 2010

Kek Marble Susu






9/6/2010


Teruja tengok kek marble ni kat blog Kak yatie US...terima kasih sudi kongsi resepi..emm exceli memang dah lama nak buat kek marbe ni tapi tak terbuat-buat..Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hajat di hati nak buat kek marble ni :)

Niat hari tu nak buat kek ni masa my anniversary tapi kesibukan melanda..baru ada lapang sket nak buat kek ni..overall okaylah sedap...cuma bakar tadi terlebih lama sket dia merekah kat tengah-tengah


RESEPI KEK MARBLE SUSU

Bahan-Bahan
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*(tpng gandum pun boleh..tapi tpng halus lagi best)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco



Cara membuatnya
1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
3. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya.
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka


2 comments:

ima said...

salam fida...selamat ulang tahun perkahwinan ye..kak ima terlewat..hehe,

cantik kek marble susu tu...bentuk love lagi...

ZaiY said...

salam fida..
akakpun duk tingin lama dh nak buat kek ni tp xbuat2. cntik belang2 kek fida tu, klu akak buat tah kuar belang pe pun xtaula..
hepi anniversary, sori.. ketinggalan ketapi..smoga berbahagia selamanya, amin.