MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, August 17, 2010

Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah

nasi hujan panas - terlebih letak tomato puree merah sket colour nasi hehehhee
Menu Iftar ke-7


NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS - Kak Noormasri


Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air…


JIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah




Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan minyak masakdlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan daun pandan, air dan susu.
Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata
NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak dan kurang kolestrol



RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:1 ekor ayam - dipotong kecil
kacang peas (tak letak)
1/2 labu bawang besar - dipotong bulat
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis


Bahan2 kisar :
10 tangkai cili kering
5 biji cili hidup
3cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji buah tomato
2 sudu besar sos tomato



cara:
1. ayam dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit goreng separuh masak dan ketepikan
dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bahan2 kisar sehingga garing

2. setelah itu masukkan ayam goreng tadi, kacang peas, bawang pesar, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya gaulkan semua bahan sehingga sebati angkat dan hidangkan

note: ayam masak merah nie lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati
source: k.hanieliza



3 comments:

ain said...

salam fida!! hopefully tak le lewat sgt to wish you ramadhan al-mubarak ye. hehe

sedap2nya menu buka posa fida.

fizan wan pani said...

Ya Allah..sedapnya... saya tiru resepi ya...

FiDa@aMiDa said...

salam ramadhan kareem buat kak ain dan jugak fizan.

sila2 sharing is caring..selamat mencuba!