MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, March 16, 2010

Onde-onde buah melaka & homemade pandan kaya



onde-onde buah melaka yang sudah masak ditoskan sebelum di gaulkan dengan parutan kelapa

doh adunan yang siap untuk digentel

my homemade pandan kaya untuk buat bun kaya

15-03-2010


Gambar-gambar blur sket al maklumkan guna camera hp je...wayar usb camera sampai ke hari ni masih tercari-cari mana hilangnya :(
1st time buat onde-onde buah melaka ni..selalu tau makan aje...mula-mula cuak gak ingat tak jadi sebab adunan tu lembik asyik dok adjust tepung aje hehehehe Alhamdulillah menjadi jugak walaupon ada kecil besar saiznya...sehari sebelumnya buat pandan kaya...stok kaya dari Malaya dah abis so kenalah buat sendiri hehehhe nasib baik menjadi.

RESEPI ONDE ONDE BUAH MELAKA - Kak Hanieliza

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
• 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
• 2 ketul gula melaka
• 2 cawan tepung pulut
• 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja (saya guna kelapa kering)
• secubit garam- digaulkan bersama


Cara-cara
1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)

2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.

3. Masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.

4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sebelum di gaul dengan kelapa



RESEPI HOMEMADE PANDAN KAYA


Bahan-bahan:
3 biji telur
300gm gula kaster
200ml santan
100ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau - jika suka



cara:
1. pukul telur dan gula sehingga sebati dengan menggunakan whisker
pastikan gula hancur dan adunan pekat


2 kemudian masukkan jus pandan, pewarna hijau dan santan
gaulkan rata tapiskan ke dalam periuk non-stick


3. masak dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat
pastikan ianya sentiasa dikacau selalu
kepekatan yang dikehendaki ialah apabila diangkat kaya tidak mudah jatuh


4. setelah siap tutupkan api dan sejukkan
source: puan norzailina nordin


3 comments:

hazliena said...

emm sedapnya..this one of my favourite kuih..nyum3...

FiDa@aMiDa said...

hazliena

belajar jgn tak belajar heheheh nanti boleh buat utk bakal suami :)

hazliena said...

insyaallah..leh arr slalu2 tgk resepi2 akk nih...n praktis buat time hari minggu..