MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Friday, March 19, 2010

My Karipap Pusing Project







18/3/2010



MY KARIPAP PROJECT step by step in the making of homemade karipap pusing (sardine filling) by amida

RESEPI KARIPAP PUSING - DEWI

Ok ni resepi dari Dewi siap hafal dah. Memang ingat sampai bila2 ni, terima kasih Dewi (hehe ada ke tuannya kat sini )

Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira-kira 60 biji karipap

Utk doh berminyak :
150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)



Cara :
Sila lihat step by step. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

Step 1 (gmbr 4) : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung
uli hingga doh licin dan tidak melekat. Kat sini baru saya tau, uli doh sampai seolah2 berminyak.
Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat.
Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

Step 3 : (gmbr 5,6,7) Amik doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar

Step 4 : (gmbr 8,9,10) Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu.
Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai.
Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar

Step 5 : (gmbr 12,13) Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih, biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar.

Step 6 : (gmbr 14) Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Saya potong 4 ni sdg eloklah utk anak2 makan

Step 7 : (gmbr 15, 16) canaikan semula dan letakkan filling sardin dan kelim karipap mcm biasa

Step 8 : (gmbr 17,18) setelah selesai semua..panaskan minyak terlebih dahulu dengan api yg sederhana...goreng seperti biasa

Step 9 : (gmbr 19,20)
Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.
Part yg ni paling saya suka sbb jalur karipap tu ada banyak.

Jd kepada kawan2 selamat mencuba! saya berani jamin tak menyesal bila ikut step by step.

selamat mencuba!

2 comments:

hazliena85 said...

morning k fida..emm sedapnya kuih karipap..pg2 dah buat sy terliur..

FiDa@aMiDa said...

hazliena
jemput2 makan :)