MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, March 28, 2010

Homemade Pegedil Kentang





25/3/2010

Sehari sebelum Bazaar Malaysia yang ke 4 minggu ...minggu terakhir...gigih menyiapkan homemade pegedil kentang untuk menu soto & bihun sup...kali ni buat suka sangat sebab menjadi...dulu pernah buat hancus jadinya...kali ni buat elok seketul tak hancur pon hehehhe

Saya nak kongsi resepi ni..kalau nak cuba sila kan

RESEPI PEGEDIL KENTANG by Raidah

Bahan-bahan:
500 gm kentang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 /2 cawan bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:
1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.

2. Bawang putih dan bawang merah dihiris kasar dan digoreng sehingga kekuningan. Kisar bawang sehingga hancur (guna pengisar kering).

3. Satukan kentang, bawang yg telah dikisar, bawang goreng, daun sup, garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.

5. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.


1 comment:

Anonymous said...

dulu saya rebus dulu kentang. lepas tu baru tau tak boleh rebus, nnt hancur bila goreng. kena goreng kentang baru lenyekkan.