MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Wednesday, May 5, 2010

Tiramisu kek dgn kek coklat tanpa telur




4/5/2010

"adik nak kek coklat..mummy can you make it for me..pls pls..." alahai..terpaksalah merajinkan diri membuat kek coklat semalam :) stok telur dah kureng..emm try new recipe eggless cake

Tiramisu - kek coklat tanpa telur (eggless chocolate cake)Sebenarnya sangat mudah buat kek ni. Tak perlu mixer atau hand whisk. Cuma perlu digaul sebati dgn senduk kayu atau spatula shj. Bagi yang tak ada mixer kat umah tu sgt2 dialu2kan utk mencuba resepi ini.
Alhamduillah sedap dan moist cake ni...jimat penggunaan telur :)



RESEPI KEK COKLAT TANPA TELUR - Dayang Jack
(saya buat 2x adunan utk jadikan kek setebal dlm gmbr)
Bahan-bahan : loyang kecil

• 1 cawan tepung gandum*
• 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
• 1 sk serbuk penaik*
• 1/2 sk soda bikarbonat*
• 1/4 sk garam
• 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
• 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
• 3/4 cawan air kopi panas
• 1/3 cawan susu segar
• 1 sk esen vanilla
• 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)


Cara-cara :
1.Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
4. Tapiskan adunan.
5.Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6.Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7.Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.
Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


UNTUK BUAT KEK TIRAMISU (atas topping)
RESEPI KEK TIRAMISU - Kak E Myresepi

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

• 1 biji sponge kek atau apa2 kek
• 250ml whipping cream
• 200ml cream cheese
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
• 1 sudu makan serbuk nescafe
• serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara
1.Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.Satukan gula, cheese dan cream
3.Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.Potong kek pada 3 bahagian (SAYA potong dua bahagian)
5.Susun 1 bahagian dalam bekas
6.Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7.Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8.Susun lagi bahagian yang selebihnya
9.Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... 10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


3 comments:

Suzi said...

salam fida...cantik kek tu...senang pulak nak buat....kena try ni...

tapi bilalah nak rajin ye...heheheh..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

Salam Mida...
waduh TIRAMISU.......
nampak sedap,
angle tiramisu pun anggun

FiDa@aMiDa said...

salam kak suzi...try jgn tak try :)
salam kak dila..Alhamdulillah, terima kasih :)