MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Monday, May 24, 2010

Tepung Pelita

Tepung Pelita versi daun pisang
Tepung Pelita Versi Tupperware


23/5/2010

Semalam jalan-jalan ke blog Lia...ternampak kuih sampan atau selalu di sebut Kuih Tepung Pelita...teruja nak mencubanya....selalu bila pergi pasar malam kat Msia memang suka rembat kuih ni...Kat blog Lia tiada resepi pula di situ...so googles terjumpa resepi yang paling simple dan menarik...tak perlu kukus lagi..

Jangan gelak ya...saya tak pandai buat sampan guna daun pisang tu heheheehe...loghat utara cakap.."herot petot" hehehe ..takpe next time boleh buat lagi...rupa tak lawa tapi bolehlah nak makan hehhehe...seronok 1st time buat menjadi


RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan (saya guna 2 tin santan segera)
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam



Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu


7 comments:

ain said...

akak anak beranak pun suka tepung pelita ni.

FiDa@aMiDa said...

kak ain hehhehe :)

Zalia said...

wahhh... dah cantik bangat sampan akak... kalau mcm ni dah konpem x hanyut & karam kite ni... hehehe

rossysweety said...

suka makan kuih time bulan pose....paling sedap dijual kat PR pandan indah....

tgk resepi cam senang . tapi malas la pulak....heheheh

salam perkenalan

CathJ said...

Oh my fav!! Thank you for the recipe... ^_^

still kat Dubai ke?? Take care.. ^_^

Ina Hashim said...

yummy...akak sendiri seumur hidup x penah buat tpg pelita nih

FiDa@aMiDa said...

lia punye sampan lagi lawa hehehe
rossysweety buatlah tak susah sgt..salam perkenalan buat anda jugak
Cath.J..its my pleasure sharing is caring :)still kat Dubai
kak ina>> kat msia senang main tunjuk je :)