MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, May 23, 2010

Homemade Cili Paste





22/05/2010

Semalam saya singgah ke blog Raidah...terjumpa resepi Homemade Cili Pes...agak mudah dan memendekkan waktu memasak di dapur...selama ni saya cuma rebus cili kering, toskan dan blender dan simpan dalam peti sejuk je.

Terima kasih sudi share resepi ni..so saya kongsi untuk kawan-kawan yang ingin mencuba dan bagi ibu yang sibuk bekerja dan jugak ibu yang mempunyai anak kecil macam saya :)

Hari ni...saya guna cili tersebut untuk buat Ikan Goreng Ikan Bercili


RESEPI HOMEMADE CILI PES - BY Raidah

Bahan-bahan:
100 gm cili kering (bergantung kpd kepedasan cili yg diperlukan) ~ potong kecil dan direbus, basuh dan toskan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan dihiris
300 bawang putih ~ belah 2
Sedikit garam dan gula1/2 liter atau secukupnya minyak


Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, goreng bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan goreng sehingga bawang agak layu.
3. Masukkan pula cili yang telah direbus tadi dan goreng sehingga cili tersebut masak dan airnya kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian kisar semua bahan yang telah digoreng tadi bersama minyak gorengan.
5. Kemudian goreng semula bahan yg telah dikisar dgn menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Tambahkan sedikit garam dan juga gula. Sedia untuk digunakan.
*Note - Cili pes boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan selama 2 minggu (di dalam peti sejuk)

4 comments:

RiShaZalia said...

salam kak fida... bila ade chili paste ni kan, singkat sket waktu memasak. sgt sesuai utk yg bekerja mcm lia ni... hehehe...TQ for sharing, thanks juga kepada pemilik resipi asal tu :-)

myza said...

salam kenal
saya pon minat gak korean's drama
thanks for sharing this..saya slalu rebus dan blend lepas tu simpan dlm peti after 5-6 days cili kering xleh pakai,masam.sama dengan bawang.So lepas ni nak cuba buat la.tahan lama skit.tambah plak suami mmg suka sambal tumis hari2..xlarat tu nak buat cili kering blend setiap hari..Thanks ye kak.Link exchange skali ye!TQ

FiDa@aMiDa said...

salam perkenalan jugak pada myza.
oh ya ker dulu saya dok korea lama so mmg minat citer2 korea ni :)
pernah terbaca bawang di hiris/diblend letak dlm peti sejuk akan menyebabkan keracunan..so Insyallah kalau buat jenis yg masak gini tahan lama tak beracun. thank you kita exchange link

myza said...

oh yeke? bleh keracunan eh..kadang2 smpai dh ijau2 pon bawang tuh dlm petiais..thanks for info tu..lepas ni better wat cmni la kan..c u