MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Tuesday, May 11, 2010

Kek Gula Hangus (Honeycomb Cake)





11/5/2010


Semalam..tak da keje nak buat...so try buat Kek Gula Hangus...dulu-dulu masa kecil mak selalu buat tapi tak reti buat...ni 1st time buat...tapi dia punye ronga-rongga tu tak banyak sangat macam mak buat..tapi bolehlah kan 1st time buat menjadi Alhamdulillah


RESEPI KEK GULA HANGUS
HONEYCOMB CAKE / KEK GULA HANGUS
Sumber : Pn. Halimah (blog maklang) tks yer

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
1. Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
2. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
3. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
4. Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.

4 comments:

Unknown said...

Tak ada kerja pun sebiji kek menjadi. Yummy :)

Syigim said...

fida!!!! sukaaaaa kek ni!

hmmmm......ingredients senang n xremeh (kalo byk sgt or susah nk cari maleh la!) rase mcm nk try lah!

thanks a lot fida for sharing :)

Siti said...

hehe..sedap k mida...k mida perap lama tak..siti hr tu perap dlm 3 jam lebih...

FiDa@aMiDa said...

farah :) apa lagi nak buat kat sini hehehhe try resepi yg tak pernah buat

syiqim..u should try it..simple and easy :)

siti - kak mida perap lama jugak dlm 4 jam..maybe kena perap lama lagi kot heheheh