Banyak menu yang lepas-lepas tapi lupa nak upload bz sket hehehe...daging rendang campur tu ambil dari buku kak hanieliza...sedap tau...
RESEPI RENDANG CAMPUR - Kak Hanieliza
Bahan A
400gm daging
200 limpa (saya x letak)
200gm hati
2000 gm paru
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar air asam ajwa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
daun kunyit (dimayang halus) ataupun
daun limau purut (dikoyak)
Bahan B (Dikisar)
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
15 tangkai cili kering
15 biji cili api (sekiranya suka)
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Caranya :-
1. Daging, limpa, paru dan hati dipotong kecil. Basuh & toskan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi
3. Masukkan daging dan daun kunyit
4. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Masakkan hingga semua bahan lembut
5. Apabila sudah naik minyak dan pekat boleh diangkat dan hidangkan
RESEPI Kari Ikan Kak Hanieliza
Bahan A
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri (dibersihkan) saya guna ikan talapia)
5 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji terung bulat (dipotong 4) x letak
3 biji cili huau (dibuang tangkai) x letak
2 biji tomato (dipotong 4) x letak
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
minyak masak
garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk ataupun dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk ataupun dihiris)
1 inci halia (ditumbuk ataupun dihiris)
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
3 tangkai daun kari
Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi
2. Kemudian masukkan tempah kari yang dibancuh hingga peah minyak
3. Masukkan air asam jawa tadi. Biarkan mendidih
4. Masukkan ikan dan terung. Tambahkan sedikit air supaya satnan tidak berapa pekat
5. Kecilkan api dan biarkan hingga mendidih dan naik minyak
6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam. Biarkan naik minyak sedikit lagi, kemudian tutupkan api
7. Hidangkan dengan nasi putih, nasi kukus, roti biasa ataupun roti canai
No comments:
Post a Comment