MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, April 4, 2010

Projek meroti & pau







salam semua....bz betul this weekend...tak menang tangan sebab tu blog ni tak ber update...Alhamdulillah dah selesai semuanya..
Bekalan pau dan roti untuk kawan saya nak ke umrah semoga perjalanan ajue & adha sekeluarga diberkati dan dipermudahkan..Insyallah


RESEPI PAU - Kak Ton
copy paste dari blog kak suzie - Terima kasih


Bahan-bahan (dapat dalam 8 biji)
250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak
3g (3/4 sudu teh) yis kering (saya letak 1 sudu teh)
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam



Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Letak adunan pd suhu yg suam2
5. Tumbuk2kan bg kuar angin. bulatkan kecik2 n masukkan inti pilihan
6. Biarkan lagi naik pau tu barulah masukkan ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih. Alaskan tutup periuk dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh
7. Kukus lebih kurang 10minit...jangan terlalu lama

No comments: