MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, October 17, 2009

Al fatihah buat arwah abah Hj Osman bin Ngah Ismail

17/10/2009
Al fatihah

Terima kasih atas ingatan dan doa kalian semua..Alhamdulillah Allah telah permudahkan segala urusan, kami selamat sampai KLIA pukul 8 pagi Jumaat, dan sampai ke kg Sungkai Perak pada pukul 11pagi dan sempat tengok wajah arwah abah dgn muka berseri dan tersenyum...

abah maafkan kesalahan dan dosa kami tak berkesempatan nak jumpa abah masa raya haritu halalkan & makan minum kami..kami redha pemergian abah semoga roh abah dicucui rahmat Illahi...Insyallah Amin..Ya Rabbal A'lamin....Arwah abah ke kg menemui ibunya tercinta dan meninggal serta rebah di atas pangkuan ibundanya (opah) yang tercinta setelah sesak nafas akibat serangan jantung
kami akan adakan kenduri tahlil lepas Isyak di Sungkai Perak hari ni dan akan adakan kenduri tahlil di Bandar Country Homes, Rawang Selango jugak nanti...talian utk dihubungi 012 911 8175
saya kehilangan arwah abah tercinta pada 15/10/2009



Thursday, October 15, 2009

Cucur Udang Kak Jun


14/10/2009



Semalam petang buat cucur udang...dah lama tak makan..kalau kat Malaysia guarantee beli kat kedai punye...kat sini tak da...so buatlah ikut resepi kak jun..thanks sudi share resepi..cucur saya ni terlupa letak pewarna kuning so jadi warna asli tepung :) tapi tetap sedap makan panas-panas cecah dengan cili sos...saya tak guna cili sos botol aje..tak sempat nak buat sos sendiri atau buat kuah kacang lagi power


RESEPI CUCUR UDANG
Kak Jun - Terima Kasih

Cucur Udang Sedap Jun



Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
250gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna baking powder)
taugeh
daun kucai-potong2
air dan garam secukupnya
sedikit pewarna kuning
150gm udang


Bahan untuk sos:-
@ 2 sudu besar cili boh
@ 10 ulas bawang putih-cincang
@ 50gm cili sos
@ garam
@ sedikit gula
@ 100ml air
Minyak secukupnya


Cara-cara
Untuk sos:-
satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.
Untuk cucur:- satukan tepung ngan soda bikarbonat.
1. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. (jun tambah jagung ngan parutan carrot). Bancuh hingga rata dan pekat.

2. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas.
Cucur akan tertanggal dari senduk.
3. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
# pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..heheh


Wednesday, October 14, 2009

Bingka Jagung kak hanieliza



13/10/2009


Dah lama tekak ni nak makan Bingka Jagung tak terbuat-buat...so semalam baru lah buat...bakar lama sejam lebih nak bagi keras atasnya...menunggu bakar sampai mengantuk lah pukul 2.22 pagi baru tido..


Alhamdulillah elok jadinya..terima kasih kak liza kongsi resepi



RESEPI BINGKA JAGUNG
Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter/majerin cair





Cara-cara:

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak pada loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.

2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.

3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.


Telur masin & sayur aje



Dah lama rendam telur ayam ni....semalam baru rasmi kan hehehehe..telur tak berapa kuning sangat...garam tak cukup kot hehehhe anyway bolehlah nak makan

RESEPI TELUR MASIN
by arioferoz - Terima Kasih



Bahan-bahan ( 18 biji telur )
18 biji telur
1 mangkuk garam biasa
4 mangkuk air
1 sb sichuan pepper corn (optional)


Cara-cara
1. Masak air dan garam sampai garam dissolves. Disejukkan lepas tu masukan sichuan pepper corn Masukan telur kedalam botol dan tuangkan air garam tadi. Tutup ketat dan disimpan dlm pantry selama 3 minggu. Test satu masak klu belum lagi simpan lagi seminggu or beberapa hari. Bila dah ok keluarkan dari botol dan simpan dlm peti sejuk.

2. Tips dari kawan : Masukan sedikit nasi kedalam air garam tu, klu nasi tu naik means cukup masin or stir air garam tu klu garam tak dissolves means cukup masin jugak... selamat mencuba senang ajer....



Perut masak lemak cili padi kak hanieliza




11/10/2009
Menu lepas-lepas...sempat mencuba resepi kak hanieliza kita...resepi asal masak lemak perut + buah belimbing..tapi kat sini tak da stok so tak da lah letak..tapi still sedap jugak hehehhee..terima kasih kak liza sudi share resepi muah..I Luv U


RESEPI Masak Lemak Ciliapi Perut + Belimbing Buloh
Resepi Kak Hanieliza

Bahan-Bahan
500 gm perut
10 biji belimbing buloh (saya tak letak)
1 batang serai [ketuk]
2 cawan santan pekat
garam

Bahan Mesin
20 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 cawan air

Cara
1. Rebuskan perut sehingga lembut. Potong kecil.
2. Masukkan perut, bahan mesin, serai dan garam dalam periuk dan masak sehingga mendideh.
3. Masukkan santan pekat dan buah belimbing. Kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila telah mendideh rasakan garam dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi putih


RESEPI AIR ASAM UTARA
ni resepi air asam utara amida selalu buat...x taulah kalau ada org lain ada lagi resepi yg lain :)

Bahan-bahan
potong bawang nipis2
potong tomato nipis2/potong dadu
potong cili padi nipis2
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
belacan

Caranya:
1. ramas2 dgn tangan tomato dan bawang tu sampai hancur dlm air asam jawa
2. masukkan garam dan gula
3. letak belacan sket
4. pastu masukkan cili padi dlm air asam tu
5. gaul2
6. sedia utk dimakan dgn ikan bakar




Monday, October 12, 2009

Melawat Baby Dubai lagi Baby Mufid Kak ZaiY

Melawat Kak ZaiY di rumahnya
Baby Kak ZaiY yang lahir pada 8/10/2009

Baby Mufid yang comel tengah lena tido


9/10/2009
Setelah kepenatan malam tadi beraya sakan di RAK...keesokkan tenghari pulak kami melawat baby Dubai yang baru lahir baby Kak ZaiY kawan blogger di UAE...1st time jumpa live in person dengan Kak ZaiY comel baby boy dia :)
Kak ZaiY tinggal di area Bur Dubai nasib baiklah fairus ada tunjukkan jalan memang 1st time jugak pergi ke rumahnnya
Selamat berpantang Kak ZaiY


open House BBQ Unta di RAK


Bergambar dengan Tuan Rumah Kak Intan

BBQ Daging Unta Padang Pasir Al Ras Khaimah (RAK)

Konvoi rombongan cik kiah 3 buah kereta dari Dubai ke RAK


9/10/2009
Seronok betul konvoi rombongan cik kiah 3 buah kereta dari Dubai ke RAK bertolak dari rumah dalam pukul 5 petang menuju ke RAK mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan...walaupon jauh dan memenatkan tapi seronok dapat jumpa kekawan...makan makan sembang2...balik dalam lebih kurang 10.30 malam sampai rumah 12 lebih tengah malam


Open House Rumah Malaysia di Dubai

Pelbagai juadah disediakan
Antara para tetamu yang hadir


Tuan Consulate General yang segak bergaya dengan bersampin dan berbaju Melayu


small contribution from me



Open House Raya di Rumah Rasmi Konsul Jeneral Malaysia Di Dubai

Pada 8 Oktober 2009 pada Jam 8-10 pm



Wednesday, October 7, 2009

Nak tido katil car?

abaikan lah persekitaran kat belakang katil yang bersepah itu ya hehehe
Bukan main seronok lagi dapat katil car papa dia belikan kat Carefour

5/10/2009
Isnin petang orang carefour hantar delivery katil car adik kat rumah...hantar je tapi tak pasang...pasang dia nak charge 100dhs mak ai mahal giler..pastu papa dia lah yang pasang bila dah balik opis...malam baru pasang itupon berkali-kali adik dok mendesak nak nak tido katil car...nak tido katil car hehehe
Dah siap pasang..mula-mula elok je tido pastu tengah malam jaga nangis-nangis...mengigau ker dahaga ker tak tau lah..haru betul heheheh.. katil ni pasang dalam bilik kakak...so tido sebelah katil kakak lah..so tak da dia takut tido sorang-sorang.
kakak tido kat katil yang selimut strawberry shortcake tu..adik tido katil car yang ada selimut spiderman tu..macam-macam budak-budak sekarang punye demand...kopak duit papa dia hehehe




Sun Flower Supermarket


Balik lepas open house rumah kawan kat area Burjuman...Jumaat lepas sempat singgah ke Sun Flower Supermarket.
Suka sangat Fairus tunjukkan jalan..1st time hari tu pergi memang cari kedai ni tak jumpa sebab tersorok sedikit...kedai Sun Flower area Karama ada macam-macam jual daun kesum, petai, daun kucai, tempe, keow teow basah, daun pandan, lengkuas, telur masin itu yang seronok tu..nex time boleh borong lagi harga pon berpatutan..so sesiapa yang tinggal area Dubai yang masih tidak tahu kewujudan kedai ni bolehlah singgah..tapi jalan dia pusing-pusing sketlah heheheh berdekatan dengan Restaurant Betawi

More info and map location boleh KLIK SINI
credit to fairus for the map - thanks for sharing



Tuesday, October 6, 2009

Nasi Lemak Perantau


4/9/2009

Buat Nasi Lemak Perantau ini senang dan cepat disediakan..jimat masa..makan panas-panas dengan paru goreng bercili memang sedap heheheh



RESEPI NASI LEMAK PERANTAU
tulip77 myresepi - Terima Kasih

Bahan-bahan ( 5org )
2 cawan beras
2 cawan air
5cm halia - potong nipis
1/2 sb halba
1/2 paket serbuk santan segera (saya guna 1/2 cawan santan cair dlm tin)
1/2 sb garam
1 bj bawang besar - dimayang
sambal ikan bilis / sambal udang
ikan bilis goreng/kacang tanah goreng
telur rebus - dipotong
timun - dipotong

Cara-cara
1. Beras dibasuh bersih. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik. Masukkan air,halia,bawang dan garam. Tenggekkan periuk atas dapur biasa. Masak sampai air menggelegak.
2. Bila air dah menggelegak masukkan santan segera dan kacau rata. Kemudian masukkan halba dan kacau rata. Masak lagi sampai air hampir kering.
3. Pindahkan periuk nasi ke dalam rice cooker & tekan butang 'rice cooking' dan masak nasi seperti biasa.
4. Biarkan nasi lemak ini keep warm lebih kurang 1/2jam. Siap untuk dihidang.


Paru goreng bercili

4/9/2009

Dah lama tak pekena paru goreng bercili ni..so buatlah sket hehehe makan dengan nasi lemak sedap/nasi putih panas-panas sedap

RESEPI PARU GORENG BERSAMBAL

Resepi asal dari blog kak Ct Delima
saya copy paste dari blog mat gebu - Terima Kasih


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg paru
4 ulas bawang putih, diketuk2 inci halia, dititik
3 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1 camca besar gula melaka
1/2 camca besar gula pasir
Garam secukup rasa
7 biji cili merah*
6 biji cili padi (optional)*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*
(*dikisar, tapi jangan halus sangat)



CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus paru bersama halia titik, bawang putih ketuk dan sedikit garam, hingga lembut. Sejukkan dan hiris nipis. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan.


2. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga harum. Kecilkan api dan terus menumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, gula melaka dan gula pasir, kacau rata.


3. Tambah garam secukup rasa dan masukkan paru goreng, gaul rata dan masak hingga sedikit kering tapi masih lembap. Rasa dan jika ok matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....

Kari Ikan Tenggiri



menu tengahari yang lepas-lepas tak ingat dah bila..budak-budak makan ikan tenggiri goreng tak pedas



RESEPI KARI IKAN TENGIRI

By hanilieza - Terima Kasih



Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam



Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai



Laksa Assam Perantau



3/9/2009



Sebelum tu kawan saya ada tunjukkan kedai Sun Flower area Karama ada macam-macam jual daun kesum, petai, daun kucai, tempe, keow teow basah, daun pandan, lengkuas, telur masin itu yang seronok tu..
Lagipon lama tak pekena Assam Laksa buatlah sket malas nak rebus ikan kembung semua cara mudah je betul-betul ringkas sesuai lah bagi yang dok kat overseas guna sardin/tuna dalam tin aje :)
Try lah memang sedap tak rasa pon rasa sardin/tuna macam ori ikan kembung hehehehhe..kalau bagi yang dok overseas tu tak da laksa kering tu boleh guna 'udon' tapi saya guna laksa kering dari Msia lah



RESEPI LAKSA ASSAM PERANTAU
from myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
500gm laksa kering -direndam beberapa 4-5 jam pastu direbus dan ditoskan
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2 (saya guna sebiji lemon di potong2 kecil)
1 bawang besar dimayang


Bahan-bahan untuk kuah:-
*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus) *boleh guna sardin/tuna dlm tin 2 tin besar
*8 keping asam keping
sedikit air assam jawa
2 tangkai daun kesum
sedikit lengkuas dihiris/diketuk
1/2 bunga kantan (saya tak letak sbb tak da stok)


Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa



Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Kalau guna sardin/tuna dalam tin blender semua sekali dengan bahan-bahan kisar

Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, air assam jawa, daun kesum, bunga kantan, lengkuas. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad/daun pudina dan potongan cili merah atau cili padi (bagi mereka yang suka pedas).