MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Showing posts with label Resepi : Koleksi Seafood. Show all posts
Showing posts with label Resepi : Koleksi Seafood. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Nasi Jagung, Roti Telur, Udang & sotong bercili

RESEPI NASI JAGUNG by zara_kelate myresepi


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara
1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
2. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
3. setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
4. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.

***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.


sarapan roti telur tak yah resepi lah ye semua orang tahu buat :)


Menu Breakfast & lunch dua hari lepas

Wednesday, October 20, 2010

Udang Butter Prawn & Udang + Kentang Goreng + sayur







layan gambar je lah ye :)

Tuesday, April 27, 2010

Menu-menu tengahari & minum petang






Layan gambar ajelah ya...malas nak menaip :)



Sunday, April 11, 2010

Kimpap ala-ala sushi

Merasmikan beras yang dibeli semalam..try buat sket dulu al maklumlah dah lama tak menggulung kimpap ni takut tak jadi hehehhe..buat kimpap tuna aje..


Bagi yang nak belajar cara-cara nak mengulung kimpap

boleh CLIK SINI


Menu hari ni Ketam Masak Lemak dan ayam goreng celup tepung KFC..


RESEPI KETAM MASAK LEMAK - by mat gebu

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
4 ekor ketam besar, dibersihkan
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
3 batang lada merah* (saya kurangkan kepedasannya)
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup* (saya letak serbuk kunyit)
1/2 cm belacan*
1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus) xda
1 asam keping
1 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada) x da
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka) x da

Cara-cara

1.Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

2.Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

3.Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula.

Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit

4.Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.


Tuesday, March 23, 2010

Menu semalam


RESEPI Sambal Sotong by Kak Hanieliza


BAHAN A
500gm sotong
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar sos tomato
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa



BAHAN B (Untuk Kuah)
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
2 ulas bawah putih


CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga haring dan naik minyak
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, kemudian masakkan hingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong, bawang besar, daun kari. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutupkan api.
6. Hidangkan dengan nasi putih ataupon nasi lemak




RESEPI Daging Masak Asam Pedas by Kak Hanieliza


BAHAN A
500gm daging (dipotong kecil)
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar (x letak)
2 biji tomato (dipotong 4) *saya guna cerry tomato
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa


BAHAN B (Dikisar)
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 btg serai
3cm lengkuas (x letak)
3 biji buah keras
2cm belacan (sekiranya suka)




CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Masukkan daging dan biarkan hingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa.. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga empuk.
5. Kemudian masukkan daun limau purut dan tomato. Biarkan reneh hingga pekat dan naik minyak
6. Angkat dan hidangkan



RESEPI Udang Goreng Kunyit myresepi minami

Bahan-bahan ( 4-5 org )


300gm udang kecil
ubi kentang potong macam wages (saya tambah ubi kentang)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau (saya tak letak)
3 sudu besar minyak masak


Cara-cara

1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!


22/3/2010

Menu semalam sekali mood rajin datang tu dia...3 menu sekali heheheh hari ni tak masak makan menu yang sama aje...cuma masak nasi putih aje



Sunday, July 5, 2009

Udang + Kentang Goreng Kunyit


5/7/2009



Menu simple hari ni...udang + kentang goreng kunyit..

RESEPI Udang Goreng Kunyit
myresepi minami - Terima Kasih

Bahan-bahan ( 4-5 org )
300gm udang kecil
ubi kentang potong macam wages (saya tambah ubi kentang)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau (saya tak letak)
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!



Tuesday, June 30, 2009

Udang Butter Prawn, Dalca Daging, Nasi Beryani




Hari ini saya mencuba resepi Butter Prawn semua kekawan dah ramai yang mencubanya saya pon turut tak ketinggalan..tapi saya punya jaluran tak berapa menjadi hancussss huhuhu takpelah next time cuba lagi....dan saya jugak mencuba resepi Dalca Daging chef Kak Hanieliza kita..dan buat nasi beryani sekali...Nasi Beryani saya guna rempah nasi beryani segera Brand Tesco..so ikut sahaja langkah-langkah di belakang pack..mudah je..dan buat sket Daging Masak Kicap untuk budak-budak ni makan.

Resepi Butter Prawn II
Cilok kat blog Hana Jepun - Terima Kasih


Bahan-bahan
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur - (saya ikut hanya 2 biji je)
sedikit daun kari
sedikit cili padi - (saya pon tak letak)
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng


Cara-cara
1. Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.*ikut hana goreng ngan butter skali.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan.

2. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

3. Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.



RESEPI DALCA DAGING
copy paste blog Chef Kak Hanieliza - Terima Kasih


Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang [belah4]
5 batang kacang panjang [potong pendek] (saya tak letak tak beli)
1 biji carrot [potong pendek dan kecil]
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
6 biji buah belimbing buluh (saya tak letak)
4 biji cili hijau (saya tak letak)
2 biji mangga muda [potong kecil] (saya tak letak)
2 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar[belah 4]
2 biji terung bulat [belah 4] (saya tak letak)
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 bungkus rempah kari daging ]
1/2 cawan air asam jawa ] bancuh
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk atau hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.

2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.

3. Panaskan minyak sapi & minyak. Tumiskan bahan yg dihiris sehingga wangi.

4. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,

5. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.

6. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.

7. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam.

8. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.

9. Renehkan sehingga naik minyak lagi.

10. Siap untuk hidangan.


Saturday, June 13, 2009

Menu 13-6


Menu 13-6-09
Udang Tempura (saya tak buat sos kicap)
Sayur Kangkung

RESEPI Udang Tempura
& Sos Kicap Halia

dipetik dari Buku Resepi 30 Minit
Chef Kamarul

Sajian - 4 orang
Masa penyediaan - 20 minit

Bahan-bahan
8-10 ekor Udang
1 sudu kecil Jus limau
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa

Adunan Tempura
150gm Tepung tempura
1 biji telur
200ml air sejuk

Sos
4 sudu besar Kikkoman (kicap cair Jepun)
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil halia muda (dikisar)

Bahan Sampingan/Hiasan
1 batang lobak putih (di hiris)
1 batang lobak merah (dihiris)
1 biji Lada Benggala (dihiris)
50gm cendawan tiram
100gm brokoli
100gm bunga kobis



Cara-cara
1. Bersihkan udang. Kemudian perap dengan jus limau, garam dan lada putih seketika.


2. Untuk membuat adunan tempura, campurkan tepung dan telur bersama air sejuk. Pastikan betul-betul sebati dan tidak terlalu pekat.


3. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan ke dalam adunan tepung tempuran dan goreng sehingga kekuningan


4. Untuk membuat sosnya, campurkan semua bahan sehingga sebati



Tuesday, May 12, 2009

Menu hari ni dan smlm




12/5/2009

Bihun Goreng

Pagi sampai tenghari makan bihun goreng je...
malam lauk simple je..nasi putih, telur mata kerbau, ikan masin


13/5/2009
Pagi ini buat nasi goreng je sampai tenghari..
Malam...nasi putih, kurma sotong, sayur, telur mata kerbau
Hari ni tengah buat preparation untuk Bazaar Jumaat ni..so hari ni nak masak inti sardin dulu dan frozenkan..esok malam uli tepung roti..


Semoga berjalan lancarlah hendaknya...Amin...Insyallah....heheheh tak pernah masak banyak2 lagi ni...menggeletar tangan ni hehehehhehehhe

so kekawan di Dubai jom ramai-ramai memeriahkan lagi suasana.. jangan lupa singgah geraiku hari Jumaat nanti bagi support :)



Malaysian Foods Bazaar

Tarikh : 15 Mei 2009 (Jumaat)

Masa : 4-6 ptg

Tempat : Kediaman Rasmi Consul Jeneral

Villa 25, St 19B, Al Barsha

Dubai, UAE


RESEPI ASAL AYAM KURMA (Resepi NekPP) thank you

Bahan-bahan

600 gm ayam (saya ganti dengan sotong)
2 biji ubi kentang dipotong empat
1 biji bawang besar dipotong empat
2 sudu besar kerisik
santan pekat semangkut
gula dan garam secukup rasa
sedikit kayu manis dan bunga lawang
minyak untuk masak

Tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1.5 packet kecil rempah kurma Adabi

Cara-cara
· Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
· Masukkan bahan yang ditumbuk yang telah digaul rata bersama rempah kurma, tumis sehingga naik bau wangi.
· Masukkan ayam yang telah dipotong, kacau sehingga setengah masak.
· Masukkan santan pekat, kacau sekejap.
· Masukkan kerisik dan kacau rata, tunggu sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
· Masukkan ubi kentang dan bawang yang dipotong, tunggu sehingga lembut.
· Masukkan garam secukup rasa serta sedikit gula.



Wednesday, May 6, 2009

Menu 6-5-09





6-5-2009


Semalam papa balik bawa chocolate FREE
sebab attend Arabian Travel Mart.
Di Arabian Travel Mart tu..banyak-banyak negara..Negara kita Malaysia yang menyerlah Pavillion dia....ada 2 stage siap ada pukulan kompang dan tarian kebudayaan dari Tourism Malaysia..gempak betul asben ckp
(proud to be Malaysian here - Malaysia BOLEH!!)
minggu ini kalau free bolehlah nak tengok tempat tu..
Berbalik pasal citer coklat ni...mmg sedap coklat tu..lagipon Free kan, rupanya macam cup cakes...decoration pon menarik...boleh jadikan idea nanti teringin nak buat cup cakes yang ada deco cantik-cantik tu..


Menu Pagi
Nasi Goreng Vege
Cofee Mix Korea (Taster's Choice)
kakak Koko Crunch


Menu Tengahari
Nasi Putih
Sambal tumis Udang
Balance sket smlm punye dada ayam tu