MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Saturday, May 14, 2011

Kerabu Kacang Botol

RESEPI KERABU KACANG BOTOL from Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)

150 g kacang botol, cuci, tos dan hiris

2 biji bawang besar, hiris halus

1 cawan kelapa parut putih [saya goreng tanpa minyak jadikan kerisik]

1 biji limau kasturi

Garam dan gula secukup rasa

5 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*

1/2 inci ubi cekur* [saya x letak]

1/2 inci kunyit hidup* [saya x letak saya ganti serai dihiris]

1/2 inci belacan, dibakar*

1 biji cili merah* [saya hiris]

6 biji cili padi siam*(*ditumbuk lumat)




CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan bahan tumbuk bersama kelapa parut putih dan gaul rata kemudian masukkan kacang botol dan bawang besar hiris, gaul hingga semua mesra.
2. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan hidangkan segera...sedap dimakan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan.......



Bihun Sup





RESEPI SOTO AYAM myresepi




Bahan-bahan ( 12 orang )
6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak [saya ganti bihun]
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat [saya tak letak]
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis





Bahan untuk Dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup [saya x letak]




Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis






Bahan Hiasan
bergedil [saya tak letak saya ganti fishcake]
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat




Cara-cara
1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkus yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak. [saya guna rempah sup]


2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.


3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


Sambal Belacan


RESEPI SAMBAL BELACAN from myresepi


Bahan-bahan ( 1 mangkuk )
1 cawan cili padi [saya guna 1/2 cawan cili hidup 1/2 cawan cili padi]
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak


Cara-cara
1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
Siap untuk dihidang

Nasi Ayam

RESEPI NASI AYAM



Bahan


12 ketul ayam


5 ulas bawang putih-tumbuk

(1 sudu teh serbuk kunyit kalau nasi ayam kuning)


1 inci halia- tumbuk


5 cawan kecil beras


2 sudu minyak sapi (pilihan)


sehelai daun pandan


1 kiub ayam


2 sudu besar madu


2 sudu besar kicap pekat


1 sudu besar sos tiram


serbuk lada hitam,


garam


2 biji kentang dan sebtg carrot -potong dadu kecil (pilihan)


sos cili Thai utk ayam (ni kes malas nak buat sendiri)


ulam dan hiasan; -daun bawang,daun sup&bawang goreng -daun salad/timun,buah tomato




Cara-cara
1. Rebus ayam bersama2 bawang putih ,halia dan sedikit garam hingga mendidih dan ayam hampir masak.
2. Ambil air rebusan ayam sebanyak jumlah beras dan masukkan dlm rice cooker .Masukkan beras,daun pandan dan majerin,kacau dan masak macam biasa.
3. Ayam disejatkan sekejap,kemudian gaul dgn kicap pekat,madu dan sos tiram.Biarkan sekejap utk perap. Goreng dgn api yg sederhana sehingga agak kuning. [Saya bakar dlm oven]
4. Utk sup tambahkan air, garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang&carrot.Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.
5.Hidangkan nasi dgn ayam dan salad/timun dan buah tomato.Letakkan sos cili ke atas ayam. Taburkan bawang goreng dan daun sup dlm sup.

Mee Goreng Kicap




RESEPI MEE GORENG KICAP from mesra.net


Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning

200 gm udang sederhana (buang kepala) [saya ganti daging]

300 gm ayam (dicincang kiub) [saya x letak]

3 sudu besar cili boh

2 biji bawang besar (dimayang kasar)

2 ulas bawah putih (diketuk)

2 biji telur [saya x letak]

10 biji bebola ikan

3 sudu kicap mee (atau kicap pekat)

3 sudu sos cili (tomato pon boleh)

seikat sawi [saya ganti sedikit kobis]

3 sudu besar minyak masak

garam gula


Cara:
1. Panaskan minyak didalam kuali. goreng ayam seketika (sehingga agak-agak empuk), angkat dan tepikan. teruskan masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng sehingga naik bau. masukkan cili boh. tumis sehingga naik minyak, kemudian masukkan bebola ikan dan ayam yang telah digoreng tadi. biarkan seketika, kemudian masukkan kicap, sos dan masukkan mee kuning lalu digaul rata. pecahkan telur, masukkan sawi, sebatikan rasa dengan garam dan gula. angkat..

Cadangan Hidangan:
sawi jangan lama sangat dalam kuali. nanti layu tak best..


Friday, May 13, 2011

Bubur Pulut Hitam







13/05/2011



RESEPI BUBUR PULUT HITAM (from my resepi)

Black Glutinous Rice




Bahan-bahan ( sekeluarga )
300 gm Pulut Hitam
1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)






Cara-cara
1. Rendam pulut hitam semalaman
2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.


Tuesday, May 10, 2011

Sosej Gulung Ranggup








Hari ni mood kemalasan melanda...buat ni je untuk lunch box budak-budak



RESEPI SOSEJ GULUNG RANGGUP



Bahan-bahan:
10 batang sosej ayamas bermadu
10 keping pastry puff jenama "Kawan" berukuran 4"x4"
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair - kacau rata
sedikit serbuk lada hitam




Cara-cara:
1. Sosej ayam dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah dua tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
2. Ambil 1 kepin keping puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemaskan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
3. Sapu dengan kuning telur tadi dan taburserbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan