MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Sunday, August 15, 2010

Homemade Cucur Badak





14/8/2010

tara....
Al kisahnya kempunan tak sempat nak beli kat Bazaar Iftar Jumaat lepas...so kena lah buat sendiri nak makan punye pasal untuk berbuka semalam :)

Homemade cucur badak...seumur hidup tak pernah buat kuih tradisional ni..
Alhamdulillah menjadi juga akhirnya :)


RESEPI CUCUR BADAK

Bahan-bahan :
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.


Bahan inti:
300gm kelapa parut (kelapa yang agak muda dan parut putih sahaja)
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
2 sudu besar cili merah yang telah dikisar(nak pedas boleh tambah lagi)
2cm kunyit hidup (kisar)
2 batang serai dititik
garam dan gula secukup rasa



Caranya:
Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak. Angkat dan bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Minum pulak teh o panas…. Emmm memang best.


Inti:
Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan

No comments: