homemade cakoi - rupa tak lawa tapi bolehlah nak makan hehehehe
RESEPI CAKOI - mamafami
Bahan-bahan:
400gm tepung gandum (guna tepung cake/superfine)
1 cawan air
1 susu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
½ sudu the baking soda
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Caranya:
1.Campurkan air, marjerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis
dan baking soda di dalam mangkuk dan kacau sebati
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga boleh diuli
3.Uli doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.Doh mestilah lembut
4.Rehatkan doh selama1/2 jam dan tutup dengan plastik bersih
5.Roll doh nipis lebih kurang 1/2cm berbentuk rectangle
6.Potong doh lebih kurang 1 inci setiap strips
7.bila dah potong tarik sikit dan cantumkan bahagian hujung dengan hujung.(tak tau le nak citer camner alah…kita tindihkan antara satu sama lain then cantum)
8.lepas tu goring dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
9.bila sejuk bolehlah dihidangkan dengan sambal atau kaya.
No comments:
Post a Comment