MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, June 9, 2011

Bubur Jagung

08/06/2011


RESEPI BUBUR JAGUNG SAGU ~ myresepi rossitamz


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
Secubit garam
100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan




Cara-cara
1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa




Bubur Jagung menu berbuka puasa semalam...dan lauk pauk Ikan Bakar Hammour cecah dengan air assam dan sayur bendi goreng belacan pecah telur..

Alhamdulillah




Anniversary Dinner


Adik pon sibuk nak tiup lilin org sebelah ingat besday dia pulak :)




kakak posing dulu kat entrance restaurant



6/6/2011


Alhamdulillah genap 6/6 adalah 8 tahun Anniversary kami
Semoga jodoh perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat amin...Insyallah


Kali ini kami dinner kat KaLeidoscope Atlantis
Not bad international buffet...on that nite is curry nite but ada jugak western foods, seafoods,etc



Masa nak balik tetiba lak surprise dapat cake Anniversary dari staff restaurant...adik yang suka sbb dia ingat besday dia sibuk nak tiup lilin


Ini pulak gambar kakak yang lukis sempena anniversary kami comel kan, siap mama semua putih baju ada bunga lagi, papa pakai baju hitam semua....

Wednesday, June 1, 2011

Kimbab Korea











01/06/2011


Dah lama tak makan Kimbab Korea ni..so ada singgah kedai Korean kat sini (Mart1004) so dapatlah buat buat kimbab ni yeay...




Cara-cara nak buat kimbab secara details boleh lihat entry sebelum ini



Tuesday, May 31, 2011

Asam Rebus Ikan Hammour



RESEPI ASAM REBUS - by kak Hanieliza


BAHAN A

3 ekor ikan selar (saya guna ikan hammour)

5 keping asam keping

2 tangkai daun kesum

1/4 biji nenas (dipotong kecil)

air secukupnya

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa



BAHAN B

3 biji cili merah

1 sentimeter belacan

3 ulas bawang merah



CARA membuatnya


1. Ikan dibersihkan

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk

3. Masakkan hingga mendidih

4. Tutup api dan hidangkan






31/05/2011



Alhamdulillah hari ini saya berpuasa ganti...

cuma tak tahan sekarang dah bertambah panas kat Dubai ini...

pening kepala bila time nak fetch budak-budak kat school



Berbuka dengan Asam Rebus ikan hammour, salad telur rebus dan sayur campur


Friday, May 27, 2011

Talam Suji



27/05/2011


Dah lama teringin nak buat kuih talam ni sebab selalu makan je...

Alhamdulillah 1st time buat dalam seumur hidup sukanya menjadi

Kebetulan saya berpuasa ganti, so macam-macam teringin nak makan untuk berbuka so kenalah buat sendiri kan dah namanya duduk di perantauan





RESEPI TALAM SUJI

Bahan-bahan:lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung suji (semolina course)

4 cawan santan cair

1 cawan gula pasir

garam secukup rasa

sedikit pewarna kuning




lapisan atas:

4 cawan santan pekat

1 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar gula pasir

1 cawan gula merah





cara:
1. masukkan semua bahan2 lapisan bawah ke dalam periuk dan kacaukan dengan api sederhana sehingga adunan agak pekat
2. kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak ratakan
3. kukus selama 15-20 min
4. selepas itu adunkan bahan2 lapisan atas sehingga sebati dan tidak berbentil masakkan sekejap di atas api sederhana sehingga adunan agak pekat tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan ratakan
5. kukuskan lagi selama 20 min atau sehingga masak padamkan api dan keluarkan loyang dari kukusan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan


source: k.hanieliza

Thursday, May 26, 2011

Homemade Apam Balik







gasak ada tebal ada nipis












26/05/2011

Hari ni pose ganti so menu untuk berbuka buatlah apam balik ni
Sukanya hati 1st time buat ni..selalu beli kat Pasar malam je kalau kat Malaysia

Alhamdulillah menjadi walaupon tanpa menggunakan acuan apam balik...guna fry pan biasa je


RESEPI Apam Balik
sumber : Noormasri


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
sedikit mentega



Cara membuat:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Spaghetti Bolognese






24/05/2011


Menu dinner yang sempoi

RESEPI KLIK DI SINI