MY GUEST BOOK

Followers

My Blog Awards 2008/2009

Thursday, June 9, 2011

Bubur Jagung

08/06/2011


RESEPI BUBUR JAGUNG SAGU ~ myresepi rossitamz


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
Secubit garam
100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan




Cara-cara
1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa




Bubur Jagung menu berbuka puasa semalam...dan lauk pauk Ikan Bakar Hammour cecah dengan air assam dan sayur bendi goreng belacan pecah telur..

Alhamdulillah




1 comment:

Nieza said...

sungguh menyelerakan tgk bubur dan lauk pauk akak berbuka ni..sedapx2:)